Penyanyi Elyana meluahkan rasa geram apabila dirinya menjadi tempat rujukan orang ramai yang menghidapi penyakit.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Bapa Elyana Sebak Terima Hadiah Kereta – ‘Impian Saya Sebagai Anak Sejak Dari Kecil Sudah Tertunai’
Artikel berkaitan: Elyana Perjelas Keputusan Untuk Tidak Berhijab – ‘Saya Dah Fikir Masak-Masak… Baik Buruk Saya Tanggung’
‘Saya bukan klinik atau hospital’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Elyana berkata, dia juga seorang pesakit dan tidak pakar soal penyakit.
Malah, dia mendedahkan pernah dimaki hamun apabila tidak dapat memuaskan hati semua orang.
Minta maaf. Saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang penyakit ya. Saya pun pesakit macam anda.
Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang bila orang perlukan. Bila ada yang tak kena di mata orang, orang maki hamun saya macam saya tak ada perasaan. Saya bukan malaikat.
Dalam pada itu, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu meminta untuk merujuk penyakit mereka kepada yang lebih pakar.
Korang kata saya ahli neraka, tak kan masih nak minta tolong saya? Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana.
Terdahulu, di ruangan komen, seorang pengikutnya yang dipercayai menghidap kanser bertanyakan tentang amalan yang dilakukan yang dapat menyembuhkan penyakitnya namun Elyana hanya memberitahu kesembuhannya adalah dengan kuasa Allah SWT.