Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentElyana Melawat Siti Bainun Di Penjara – ‘Dia Sangat Tenang & Makin...

    Elyana Melawat Siti Bainun Di Penjara – ‘Dia Sangat Tenang & Makin Cantik!’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Elyana memberitahu dia dan keluarga sempat melawat Siti Bainun di Penjara Kajang, Selangor, semalam.

    Artikel berkaitan: Elyana Bengang Dijadikan ‘Kaunter Pertanyaan’ Penyakit, Dedah Pernah Dimaki Hamun & Dilabel Ahli Neraka

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Bapa Elyana Sebak Terima Hadiah Kereta – ‘Impian Saya Sebagai Anak Sejak Dari Kecil Sudah Tertunai’

    Dia nak jumpa saya

    Menurut Elyana, dia berjaya menunaikan permintaan Bainun untuk melawatnya di penjara.

    Hari ini saya sekeluarga dapat melawat Siti Bainun. Hati ini berbunga-bunga bila abang kepada Enon beritahu,Enon nak berjumpa saya sekeluarga. Alhamdulillah, permintaan Enon dah saya tunaikan. Sebenarnya dari awal saya menunggu peluang ini. Terima kasih @bubufitrie tolong akak.

    Tambah Elyana, perasaannya bercampur baur saat pertama kali bersua muka dengan Bainun. Ujar Elyana lagi, Bainun seorang yang berjiwa besar.

    Perasaan bercampur baur saat pertama kali bersua muka tadi. Hiba yang tak dapat saya gambarkan. Seorang yang berjiwa besar dan banyak berjasa kini terpisah dengan dunia luar.
    Ini semua ujian untuk menaikkan darjat Enon di akhirat nanti. Semoga Enon semakin kuat untuk dugaan yang amat besar ini.

    Terubat rindu dapat bercakap dengan Enon. Walaupun terpisah dengan cermin,tapi kami berbual seperti biasa. Kadang menangis, kadang ketawa. Semuanya positif.  Beliau sangat tenang dan makin cantik! Beliau risau sangat tentang kesihatan saya. Sepatutnya kita yang risau tentang keadaan dia di dalam sana. Itulah Bainun dari dulu sampai sekarang sentiasa memikirkan tentang orang lain lebih dari diri sendiri. Banyak yang beliau korbankan.

    Penuh dengan aktiviti

    Di akhir posting, pelantun suara ‘Kalis Rindu’ ini sempat menitipkan pesanan buat keluarga Bainun agar sentiasa menjaga kesihatan.

    Saya doakan semoga Mama terus kuat untuk meneruskan kehidupan. Melihat tenangnya mama, mengajar kan saya erti redha atas segala ketentuannya. Enon bagitahu kat dalam penuh dengan aktiviti setiap hari. Dia diberikan tugas untuk buat makanan “frozen”. Cucur badak dia sedap kak!”

    Saya cakap tak apa, sebelum balik nanti akak beli segala mak nenek frozen tanda support penghuni yang sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik lagi. Yang diluar sini pun belum tentu lagi semua baiknya. Hanya kerana Allah masih menyimpan Aib kita.

    Cakap yang baik-baik. Doa yang baik-baik. Ingat, kita masih ada anak cucu serta keturunan. Jangan lupa kepada ‘apa yang kita Tabur anak cucu kita akan tuai’.

    ALSO READ:  “Saya Tak Layak Pegang Gelaran Biduanita Negara Ke-3”- Ziana Zain Tak Yakin Meskipun 35 Tahun Dalam Industri

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts