Penyanyi, Elyana dilihat membuat perkongsian mengenai cahaya mata keduanya, Cahaya Ramadhani yang sering mendapat komen negatif oleh segelintir warganet di media sosial.
Tetap Anak Kesayangan Walau Bukan Dari Rahim
Menerusi hantaran di Instagram, Elyana menyatakan bahawa ramai yang mempersoalkan siapakah ibu sebenar kepada anak angkatnya itu. Jelas Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, Cahaya Ramadhani adalah anaknya walaupun bukan dari rahimnya itu.
“Ramai yang tanya Caca anak siapa? Cahaya Ramadhani adalah anak kesayangan saya. Walaupun bukan dari rahim saya.
Saya sedaya upaya menyayangi serta menjaga dia dengan kemampuan saya dari usia Caca 6 hari. Jadi, kepada pihak-pihak yang selama ini jahat kepada anak ini..Susah sekali saya memaafkan anda. Terlalu hancur hati saya dengan perbuatan anda.”-kapsyen Elyana di Instagram
“Anak Kecik Dipakaikan Tudung. Mak Dah Elok Bertudung…”
Walaubagaimanapun, perkongsian koleksi video Elyana bersama Cahaya Ramadhani sejak masih bayi itu masih mendapat komen negatif oleh salah seorang netizen yang menyindirnya memakaikan hijab kepada anak angkatnya manakala penyanyi ini sudah tidak lagi memakai hijabnya.
Elyana Beri Respon!
Tidak berdiam diri, Elyana dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan menitipkan pesanan untuk tidak menjatuhkan maruah diri dan keluarga di tempatnya.
“Jika anda seorang lelaki muslim yang ada akal dan masih dalam keadaan sihat. Jangan jatuhkan maruah diri anda dan keluarga di tempat saya. Video positive, kenapa hati negative?.”-balas Elyana
Apa komen anda?
Credit: Gossip – Murai MY