Demi menjayakan watak, pelakon Emelda Rosmila sanggup membotakkan kepalanya menerusi filem terbaharu, Abnormal Buas.
Bukan kali pertama
Ketika ditemui pemilik nama Emelda Rosmila Abdul Hamid memaklumkan bahawa, penampilan tersebut dilakukan atas kemahuannya sendiri dan bukanlah kerana arahan pengarah atau meniru mana-mana karakter filem.
Watak saya pun tak banyak babak dan dialog, jadi saya nak buat kelainan yang boleh menonjolkan watak saya dalam filem ini.
Saya pun sudah lama berlakon, jadi perlu cari kelainan supaya orang nampak lakonan saya.
Saya bukan buat untuk orang tengok saya, tapi buat lebih kepada kepuasan diri. Memang saya tak rujuk mana-mana karakter, semuanya reka sendiri.
Menurut aktres berusia 45 tahun itu, ini merupakan kali kedua dia membotakkan kepalanya, justeru dia tiada sebarang masalah untuk berbuat demikian.
Sebenarnya ini bukan kali pertama saya cukur rambut, ketika saya berumur 19 20 tahun saya dah pernah buat.
Untuk bertukar imej bukan satu masalah dan karakter yang saya bawa ini umpama diri saya yang ketika berusia 20 tahun. Ianya seperti membawa saya balik ke personaliti saya yang dulu.
Emelda berkata demikian pada majlis tayangan perdana filem Abnormal Buas yang berlangsung di Midvalley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, suaminya yang juga aktor Adlin Aman Ramli, sama sekali tidak pernah menghalang keputusannya untuk mengubah imej.
Adlin okay sahaja, malah dia suka sebab dia rasa macam ada teman wanita baru.
Dia pula tak bagi saya panjangkan rambut, setiap kali rambut tumbuh panjang, dia akan suruh saya cukur.
Abnormal Buas turut menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Kodi Rasheed, Datuk Rahim Razali, Shaheizy Sam dan Nabila Huda.
Filem tersebut juga sudah memulakan tayangannya di pawagam seluruh negara bermula 20 Jun lalu.
Sekadar info, filem ini merupakan hasil karya terakhir pengarah Allahyarham Azhari Zain.