Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentEmma Maembong Dakwa Disantau Selepas Baca Mantera Dihantar Peminat – ‘Saya Terus...

    Emma Maembong Dakwa Disantau Selepas Baca Mantera Dihantar Peminat – ‘Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Emma MaembongEmma Maembong

    Pelakon Emma Maembong mendakwa pernah disantau oleh salah seorang ahli kelab peminatnya melalui gambar yang dimuat naik di sosial media.

    Mantera

    Emma MaembongEmma Maembong

    Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata, ketika kejadian berlaku dia bersama beberapa rakan artis sedang berseronok di sebuah pusat karaoke.

    Namun, secara tiba-tiba dia menjerit dan meracau selepas membaca kapsyen panjang lebar yang didakwa merupakan mantera.

    Ada satu hari saya pergi karaoke dengan beberapa kawan artis termasuk pembantu peribadi. Masa kawan lain sedang menyanyi, saya duduk main telefon, tiba-tiba ada seorang lelaki ‘tag’ gambar saya di sosial media, Instagram.

    Apa yang peliknya, kapsyen pada gambar tersebut sangat panjang. Saya sudah mula rasa pelik dan mahu baca apa kapsyen yang ditulis panjang sangat tentang saya.

    Apabila sampai ayat ‘dengan nama Nabi Muhammad aku terbalikkan dan di atas nama Allah aku seru…’, tiba-tiba saya termenung macam sudah terkena mantera (pukau).

    Saya terus meracau, mengilai, muka saya basah, saya menjerit. Yang saya ingat ada dua kawan saya pegang tangan. Pembantu saya dah mula menangis. Mereka semua jerit ‘Emma sedar… sedar….’.

    Emma mendedahkan mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Sembang Seram yang dikendalikan oleh Safwan Nazri.

    ‘Melutut dekat aku’

    Emma MaembongEmma Maembong

    Tidak terhenti di situ, Emma mendakwa pelaku tersebut turut mengganggunya di majlis perkahwinan kakaknya.

    Pelaku itu lelaki dan dia merupakan salah seorang ahli kelab peminat saya. Dia juga pernah datang ke majlis perkahwinan kakak saya. Saya nampak dia lalu di hadapan saya di majlis tersebut.

    Saya jadi cemas dan terus panggil kawan-kawan lain, mereka kepung saya. Salah seorang ahli kelab peminat saya berjumpa dengan dia dan tanya siapa jemput datang majlis perkahwinan.

    Tiada pilihan, telefon polis dan halang dia dari masuk kawasan majlis. Tahu tak dia buat apa? Dia ‘selfie’ gambar, kemudian ‘upload’ dan ‘tag’ saya. Dia kata, ‘hari ini, hari kau, satu hari nanti kau datang melutut dekat aku’.

    Memang saya jadi takut gila dengan kejadian itu. Sejak daripada hari itu, saya banyak kali berdepan gangguan misteri yang sangat teruk.

    ALSO READ:  Thalia Baiduri Nasihat Kaum Hawa Jangan Jatuhkan Darjat Diri Disebabkan ‘Buaya’ – ‘Wanita Kena Jadi Mahal’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts