Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentEmma Suhaimi Kesal Ada Pihak Tak Hormati Privasi Adira?-“Macam Mana Awak Ni...

    Emma Suhaimi Kesal Ada Pihak Tak Hormati Privasi Adira?-“Macam Mana Awak Ni Boleh…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini tular berita mengenai penyanyi, Adira Suhaimi yang didakwa telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor.

    Terkini, kakak kepada Adira iaitu Emma Suhaimi menerusi hantaran di Insta Stories tampil memberikan teguran kepada pihak terlibat yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti adiknya.

    “Untuk post yang ini. Pihak-pihak yang tak menghormati sensitiviti manusia lain, semoga kamu punya kehidupan tu jauh lebih baik la dari orang lain ya.

    Lagi satu! Wartawan yang datang ke lokasi kejadian tadi entah info dari mana dapat sedangkan sikit info pun Adira tak pernah menguar-uarkan. Macam mana dia boleh datang lebih awal dari kami? Masuk pula dalam tu?.”-tulis kakak Adira di Instagram

    Kesal Video Adira Hadir Ke Mahkamah Direkod Secara ‘Curi-Curi’

    Tambahnya lagi, dia kasihan melihat keadaan adiknya yang secara baik meminta pihak terlibat untuk tidak merakam video atau mengambil gambar, namun hampa apabila video adiknya itu telah direkod secara ‘curi-curi’ ketika menghadiri sebutan kedua tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.

    “Minta maaf cakap tapi saya tadi dengar sendiri Adira dengan sopan dan baik minta dihormati supaya tidak di interview dan tidak diambil gambar serta video.

    Macam mana awak ni boleh curi-curi ambil video? Sudah baik diminta hormati privasi. Ini bukan bersuara tapi saya kesian dengan adik saya. Kami sekeluarga jenis tidak masuk campur, sebab kami sendiri hormat privasi dia.”-tulis Emma Suhaimi lagi

    Sekadar info, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Pasangan ini turut dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun, dan Ayob.

    ALSO READ:  [VIDEO] Youtuber Didakwa ‘Kaki Spin’, Tak Boleh Terima Cinta Ditolak Liana Beep Beep?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts