ENCORE MELAKA dengan rasminya mengumumkan bahawa persembahan yang dinantikan, ENCORE MELAKA, akan dibuka semula pada 7 Julai 2024, di sebuah sidang media yang diadakan di teaternya.
Persembahan Yang Memukau
Musim yang akan datang menjanjikan pelbagai persembahan yang memukau yang menggabungkan sejarah dan modeniti, teknologi dan seni dalam satu pameran cahaya dan bunyi yang gemilang.
ENCORE MELAKA terkenal dengan persembahannya yang besar yang mengintegrasikan muzik, tarian, drama, dan teknologi multimedia, dan telah mendapat sambutan yang baik sejak penampilannya yang pertama.
Persembahan yang memukau ini tidak hanya menampilkan adegan ikonik dari musim sebelumnya tetapi juga memasukkan elemen inovatif baharu yang lebih baik menggambarkan kisah-kisah Melaka yang kaya dan menyentuh buat penonton.
Pengalaman Yang Akan Menyentuh Hati Penonton
Pesta selama 70 minit ini menggunakan teknologi kreatif untuk menceritakan sejarah 700 tahun dan perubahan Melaka, bagaimana ia merangkul kepelbagaian etnik dan memberi impak kepada kehidupan penduduknya.
Musim baru ini bertujuan memberikan pengalaman yang menyentuh hati kepada penonton.
Untuk memeriahkan produksi bertaraf tinggi ini, teater dilengkapi dengan teknologi pentas terkini termasuk pencahayaan baru dan sistem audio & bunyi.
Teater ini mempunyai auditorium yang boleh berputar 360° dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 1,800 orang, pentas sepanjang 240 meter, lebih daripada 1,000 perenjis air di pentas air & kabus, dan enam platform yang boleh dikawal naik turun sehingga 6 meter, memudahkan peralihan adegan yang dinamik dan lancar.
Sementara itu, personaliti watak-watak juga telah diselaraskan dan diperkaya, agar dapat menyentuh hati penonton pada hari ini.
Wajah – Wajah Baharu
Bagi barisan pelakon, wajah-wajah baharu telah menyertai bakat-bakat cemerlang dari musim sebelumnya, bersama-sama mereka menambahkan tenaga dan variasi di dalam persembahan.
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, Yong Tai Bhd bekerjasama dengan Sichuan Tourism Investment Group (STIG) untuk mempromosikan pelancongan budaya, mengurus dan mengendalikan teater ini.
Maklumat Pembelian Tiket:
Laman Web:
Kaunter Tiket: +606 – 270 7777 / +6012 – 650 7010
Acara, Jualan & Pemasaran: +606 – 270 7799 / +6017–902 6010