Pelakon popular Syafiq Kyle mengakui bahawa hubungannya dengan aktres Mimi Lana kini hanyalah sebagai sahabat, namun dia turut menyelitkan hal tersebut dalam doanya semasa menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.
Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, yang lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle, memberitahu bahawa dia enggan meletakkan sebarang harapan tinggi dan menyerahkan sepenuhnya kepada Tuhan berkaitan dengan jodohnya.
“Dalam hati ramai, ada pengharapan. Saya hanya mohon agar doa saya dipermakbulkan. Saya terus berdoa di Tanah Suci. Saya bukan individu yang layak untuk membuat keputusan tentang hubungan ini. Masing-masing dapat melihat dan menilai,” katanya.
Dia menambah bahawa hubungannya dengan Mimi masih baik, dan dia tidak mahu berspekulasi lebih lanjut tentang hal tersebut.
“Minta doa yang terbaik untuk kami berdua. Saya hanya boleh reda, terima, dan terus menyokong. Kalau saya yang pegang ‘button’ makbul, mungkin saya akan makbulkan, tapi kita manusia tidak mempunyai kuasa seperti itu,” jelasnya.
Syafiq juga berkongsi rasa syukur kerana dapat menjadi salah satu dari individu terpilih yang dapat merayakan Hari Raya di Tanah Suci.
“Alhamdulillah, saya dapat beraya di Madinah. Rasa sangat bersyukur. Saya berada di sana selama 10 hari dan sempat merayakan raya selama tiga hari sebelum pulang ke tanah air pada hari Syawal keempat,” katanya.
Bagi Syafiq, pengalaman pertamanya menunaikan umrah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, dan dia bersyukur atas setiap detik yang dilaluinya di sana.