Perkongsian pelakon, Erin Malik ketika meraikan hari lahirnya yang ke-30 pada Isnin lalu mencetuskan rasa teruja netizen di media sosial.
Erin, menerusi hantaran di Instagram turut berkongsi beberapa foto yang memaparkan majlis hari lahirnya yang diraikan bersama suami, Farriz Fauzy serta kedua-dua anak mereka iaitu Faliq dan Aisha.
“30 ♡ Thank you for all the birthday love ✨.”-kapsyen Erin di Instagram
View this post on Instagram
Beri ‘Hint’ Sedang Hamil?
Di sebalik ramai yang menitipkan ucapan hari lahir, gelagat Erin sedang mengusap perutnya turut mencuri perhatian netizen, seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sedang hamil cahaya mata ketiga.
“Is that baby bump? Wah congrats Erin. And happiest birthday ❤️.”
“Kenapa tak berubah langsung ya wajahnya macam awal remaja je tengok. Cantik betul.”
“OMG, she’s pregnant 😍.”
“Yeay she’s pregnant!!!.”
“Wahhh no 3 is cominggg.”
“Wow baby bump.”
“Ya Allah pregnant pun cantik lagi.”
“Wow sis pregnant. Semoga baik-baik saja buat Erin Malek dan family. Happy birthday.”
Tidak memberikan sebarang jawapan terhadap spekulasi, pelakon filem Tentang Bulan ini hanya memberikan tanda ‘like’ kepada semua komen netizen pada hantarannya itu.
Sekadar info, Erin Malek dan suami, Farriz Fauzy mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2014. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Mohamed Faliq dan Nur Aisha.
Sama-sama kita doakan serta nantikan sahaja kenyataan darinya kelak. Apa komen anda?