Penyanyi muda berbakat, Eriza, 21 tahun, atau nama sebenarnya Ismar Eriza Allya mempertaruhkan bakat nyanyiannya dengan melancarkan lagu pertama beliau berjudul, ‘Demi Kasih’.
Membuat Kemunculan Sulung
Eriza yang membuat kemunculan sulungnya dengan single terbarunya, mendedahkan bahawa pemilihan lagu ‘Demi Kasih’ sebagai lagu debutnya adalah hasil daripada minat mendalamnya terhadap genre muzik balada.
Eriza turut menyatakan bahawa lagu ‘Demi Kasih’ hasil komposer dan penulis lirik, Dato Ayu Omel, ini mempunyai jiwa & emosi yang tersendiri apabila menyampaikan lagu ini.
Dicipta Oleh Dato Ayu Omel
Dato Ayu Omel, sebagai komposer dan penulis lirik, telah mencipta sebuah karya yang sungguh menarik, dan melalui penyampaian penuh emosi Eriza, lagu ‘Demi Kasih’ dijangka akan menjadi pilihan hati ramai pendengar.
Walaupun masih menuntut pelajaran di sebuah universiti tempatan, Eriza telah membuktikan bahawa beliau mampu menguruskan masanya dengan baik dan menganggap perjalanan ini sebagai liku-liku yang perlu dilaluinya dalam meniti kerjaya dalam industri muzik yang mencabar ini.
Dibuat Dengan Teliti
Menurut pengurus D’Ayu Music, Nazim Othman, proses persiapan segala bahan lagu ini dibuat dengan teliti terutama pada lagu dan muzik video ‘Demi Kasih’ ini.
Muzik video ini adalah hasil produksi dari Motawh Production yang diarahkan oleh As’ad Motawh.
Untuk makluman, lagu ‘Demi Kasih’ telah dilancarkan pada 13 Oktober lalu di semua digital streaming bersama Muzik Video di Youtube Channel D’Ayu Music.