Pengarah dan penerbit terkenal tampil menjelaskan sebab dirinya menawarkan tawaran berlakon buat penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin (KJ), baru-baru ini.
KJ ada ciri lelaki Melayu tulen
Ketika ditemui , Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali berkata, KJ mempunyai rupa paras menawan yang pastinya akan mendapat tempat di hati para penonton.
Tambah Erma, penglibatan KJ dalam industri hiburan membuatkan dirinya terdetik untuk menawarkan tawaran berlakon kepada bekas Ahli Parlimen Rembau itu.
Dia ‘helok’ dan ada ciri-ciri lelaki Melayu terakhir yang sangat sesuai untuk berlakon menjadi hero mana-mana drama.
Dia (KJ) tak perlu jadi seorang pelakon pun dia dah ada peminat dia yang tersendiri.
Dan sekarang ini pun KJ dah mula berkecimpung dalam bidang seni, jadi apalah salahnya kalau saya buat satu (naskhah) yang ‘meletup’ dengan KJ sebagai teraju utama.
Erma berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi Drama Sangat Close Up bagi drama ‘Lelaki Itu’ yang diadakan di Hadramat Kitchen, Ampang.
Dalam pada itu, penerbit berusia 56 tahun ini memaklumkan dia perlu menghasilkan karya yang betul-betul sesuai untuk dijayakan KJ.
Tapi karya, naskhah serta watak yang bakal ditawarkan itu harus sesuai dengan KJ supaya tak rosakkan imej dia sebagai seorang bekas Menteri yang sudah bertakhta lama di hati rakyat Malaysia.
Terdahulu, tular satu video memaparkan Erma yang menawarkan KJ untuk berlakon dalam sebuah drama terbitannya.
Dapat dilihat, KJ memaklumkan dirinya bersetuju untuk menerima tawaran daripada Erma.
Kita on ja lah kak.
Video
@hotfm976_ Confirm guy confirm! Chief @Khairykj accept offer @erma fatima ? Nampaknya semua pelakon dah tak boleh cari makan dah ni, Chief dah nak jadi pelakon ni ? #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ? original sound – Hot FM