Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentErma Fatima Tiada Masalah Ambil Fathia Latiff Berlakon – ‘Masalah Peribadi Bukan...

    Erma Fatima Tiada Masalah Ambil Fathia Latiff Berlakon – ‘Masalah Peribadi Bukan Masalah Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penerbit dan pengarah, Erma Fatima tampil memberi penjelasan tentang pemilihan aktres Fathia Latiff sebagai pelakon di dalam drama terbaharunya yang berjudul Jangan Tinggal Abang Dek.

    Artikel berkaitan: ‘Andainya Geran Itu Jatuh Kepada Orang Yang Di Bawah Aku, Aku Sangat Terkilan’ – Erma Fatima

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Ibu Kongsi Kisah Nakal Anak-Anak – ‘Erma Fatima Mandikan Adik Dengan Tepung Gandum’

    Tengok bakat Fathia

    Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, berkata, dia tidak menilai Fathia berdasarkan kontroversi yang melanda pelakon tersebut sebaliknya bakat yang dimilikinya.

    Dia seorang pelakon yang baik dan dikenali ramai. Masalah peribadi itu bukan masalah saya kerana saya tidak ada pun masalah dengan Fathia.

    Saya sangat menghargai bakat yang Allah berikan pada dia dan kerana itu saya nak dia bersama-sama dengan saya.

    Paling utama yang saya perlukan daripada dia adalah nak dia kembali semula ke dalam industri seperti dulu. Jadi, kami semua yang terbabit dalam drama ini memang terima dia sepenuh hati kita.

    Dalam pada itu, Erma dan pihak produksi juga menerima kedatangan Fathia semula ke dalam industri dengan tangan yang terbuka.

    Kesemua kami yang terbabit dalam drama ini tidak memandang dia sebagai ‘alien’ yang masuk dalam industri, tetapi kita layan dia sebagai pelakon sebenar.

    Alhamdulillah, Fathia akan ada bersama saya lagi dan lagi selepas ini, tiada masalah.

    Jangan Tinggal Abang Dek

    Mengulas tentang drama Jangan Tinggal Abang Dek, Erma cuba mengangkat kisah seorang lelaki yang sudah berkahwin tetapi pantang melihat wanita cantik dan cuba memikat dengan ayat-ayat manis.

    Kalau tengok wanita cantik, dia memang akan ‘try’. Jadi, watak Adi Putra (Datuk) dalam drama ini adalah sejenis lelaki ‘menginginkan’ wanita-wanita cantik dalam hidupnya.

    Drama mengenai penyondol pun dah banyak sangat, tetapi dia akan berbalik kepada jalan diambil wanita itu, kalau dia ‘buka laluan’ mesti jadi.

    Lelaki tetap lelaki yang dah kalau dilahirkan sebagai ‘buaya’, dia akan ‘try’ tapi kita sebagai wanita dikatakan maruah itu yang perlu dijaga.

    Selain Fathia dan Adi Putra, drama ini turut dibintangi oleh Adira Suhaimi, Nabila Huda, Elly Mazlein, Alya Iman dan ramai lagi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Didakwa Bercerai, Hisyam Hamid Belum Bersedia Ulas Status Rumah Tangga – ‘Nak Jaga Hati & Perasaan Anak-Anak’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts