Penyanyi Ernie Zakri bakal mengadakan konsert solo pertamanya pada 25 Januari tahun depan di The Plenary Hall, Kuala Lumpur, Malaysia.
Saya Ibu, Saya Isteri, Saya Ernie Zakri
Berita gembira itu dikongsikan oleh Ernie sendiri di akaun Instagram miliknya. Konsert ini bakal mencipta sejarah kerana Ernie merupakan penyanyi pertama yang mengadakan konsert sulung untuk SAH Entertainment di Malaysia.
Sudah pastinya peminat Ernie yang diberi gelaran ‘Ernienators’ tidak sabar untuk hadir dan menonton konsert yang bertajuk Aura: Ernie Zakri Live in Concert.
Ernie dijangka menyanyikan semua lagu-lagu hitnys seperti Gundah, Ku Bersuara, Masing-Masing dan banyak lagi.
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti tidak sabar untuk hadir dan menonton konsert Ernie nanti. Mereka turut mengucapkan tahniah buat Ernie kerana akhirnya mengadakan konsert solo secara besar-besaran.