Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentErnie Zakri Dedah Syamel Terap Cara Rasulullah Kawal Kemarahan Isteri – ‘Pada...

    Ernie Zakri Dedah Syamel Terap Cara Rasulullah Kawal Kemarahan Isteri – ‘Pada Dia, Beralah Itu Adalah Satu Kemenangan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Ernie Zakri berkongsi cara suaminya, Syamel mengawal kemarahannya dalam hubungan rumah tangga.

    Artikel berkaitan: Ernie Zakri Kongsi Khabar Duka, ‘Tulang Belakang’ Ernienators Meninggal Dunia – ‘Dia Orang Pertama Percaya Saya’

    Artikel berkaitan: ‘Ada Yang Kata Anak Saya Tak Comel, Sedih’ – Ernie Zakri

    Terap cara Rasulullah

    Menerusi perkongsian di TikTok, Ernie berkata, suaminya menerapkan cara Rasulullah melayani isterinya ketika marah.

    Tapi kalau betul ada perselisihan faham pun saya akan merajuk dulu lah. Merajuk itu adalah satu perkara yang wajib ya. Kalau saya tak merajuk, saya tak puas.

    Tapi satu benda yang dia selalu kongsi dengan saya tentang Rasulullah dan Aisyah. Rasulullah sendiri kalau dia marah, dia akan datang balik dekat Aisyah dan peluk dan Syamel cuba untuk menerapkan kelembutan dalam hubungan.

    Dalam pada itu, Ernie memberitahu Syamel sentiasa mengalah jika berlaku perselisihan faham.

    Sebab saya adalah orang yang kalau kita marah, marah betul kalau kita merajuk, merajuk kan tapi at the end of the day, memang suami saya yang akan beralah.

    Pada dia, beralah itu adalah satu kemenangan. Dia beralah, dia kata dia dapat balik hubungan itu dia dapat balik keberkatan dalam rumah tangga.

    Jadi dia tak pernah rasa malu untuk beralah jadi benda tu yang saya belajar. Bila setiap kali saya rasa macam nak marah ke apa saya akan macam ‘it’s okay benda ni boleh settle’.

    Tambah Ernie, dia juga menapis kandungan untuk dikongsikan di media sosial.

    Tak banyak sebenarnya yang kita kongsi di media sosial ada perkara tertentu yang kami suka kongsi terutama kepada peminat kami. Kadang-kadang cringe jugak tengok diri sendiri ‘aduh gedik betul aku ni’.

    Untuk rekod, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun.

    ALSO READ:  [VIDEO] Zain Saidin Panggil Che Ta TUA, Raih Perhatian Ramai-“Biadap U Sayang Panggil I Tua!”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts