Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentErnie Zakri Jawab Spekulasi Tarik Diri Nyanyi Lagu Astana?-“Saya Adalah Penyanyi Asal...

    Ernie Zakri Jawab Spekulasi Tarik Diri Nyanyi Lagu Astana?-“Saya Adalah Penyanyi Asal Dan…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Ernie Zakri sebelum ini mencetuskan spekulasi netizen selepas tidak hadir menyanyikan lagu Astana pada pengumuman 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 38, baru-baru ini.

    Tidak berdiam diri, syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music tampil bersuara menerusi kenyataan di Instagram tampil bersuara mengenai isu berkenaan.

    “Ketiadaan nama Ernie Zakri selaku penyanyi asal lagu Astana pada pengumuman 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 38 menimbulkan persoalan dalam kalangan ramai.

    Susulan itu, nama penyanyi Ernie terheret apabila didakwa menarik diri daripada menyanyikan lagu Astana yang juga ciptaan Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman.

    Malah, untuk rekod lagu itu dicalonkan selepas Ernie menyertai syarikat Universal Music Malaysia pada Julai lalu.

    Persatuan Industri Rakaman malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.”-kenyataan Universal Music di Instagram

    “Saya Adalah Penyanyi Asal Dan Komposer Lagu Ini…”

    Dalam pada itu, Ernie Zakri atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menafikan dakwaan dia sengaja tidak mahu menyanyikan lagu Astana dan tidak pernah menyatakan mahu menarik diri.

    “Saya adalah penyanyi asal dan komposer lagu ini. Sudah tentu saya nak menyanyikan lagu ini, Malah, saya tidak pernah cakap saya tak nak nyanyi atau tarik diri.

    Namun disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak RIM dan MPB, ia menjadi penghalang untuk saya mempersembahkan lagu ini pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 38.”-kata Ernie Zakri

    Apa komen anda?


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts