Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa kecewa terhadap sesuatu perkara yang sudah lama dia mendiamkan diri.
Artikel berkaitan: Ernie Zakri Dedah Syamel Terap Cara Rasulullah Kawal Kemarahan Isteri – ‘Pada Dia, Beralah Itu Adalah Satu Kemenangan’
Artikel berkaitan: Ernie Zakri Kongsi Khabar Duka, ‘Tulang Belakang’ Ernienators Meninggal Dunia – ‘Dia Orang Pertama Percaya Saya’
‘Ini sangat mengecewakan’
Menerusi ciapan di X, Ernie bagaimanapun tidak memperincikan sebab kepada kekecewaan tersebut namun ia seakan berkaitan dengan isu kerja.
Ini sangat mengecewakan. Berita ini sangat mengecewakan. Ini sangat tidak profesional. Saya dah lama tutup mulut. Terlalu lama.
Meninjau di ruangan komen, ciapan Ernie itu menimbulkan tanda tanya peminatnya.
Saya tak tahu apa yang berlaku tapi kalau dia dah bersuara maksudnya dah melampaui batas. Kami di belakang Kak Ninie! Semoga dipermudahkan segalanya.
Apa yang jadi Kak Ninie?
Kami bersama awak Kak Ninie, teruskan bersuara!