Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentErti Tersirat ‘Perisai Cinta’ Bagi Liza Hanim

    Erti Tersirat ‘Perisai Cinta’ Bagi Liza Hanim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas mengadakan konsert sulungnya beberapa bulan lalu, bintang bersuara hebat Liza Hanim tampil dengan sebuah lagi karya balada bertajuk “Perisai Cinta”.

    Runut Bunyi Sebuah Drama

    Liza yang sememangnya tersohor kerana ketangkasannya membawa lagu-lagu bergenre sedemikian, berkongsi erti di balik lagu itu yang juga runut bunyi asli sebuah drama bersiri, ‘Ternyata Sebuah Bahagia’.

    Menurut pihak penerbitan kisah dalam lagu ini adalah suara hati watak wanita utama drama tersebut yang bernama Janice, lakonan Sarimah Ibrahim.

    Lagu ini menjelaskan bahawa dalam setiap kesusahan dan setiap yang kita lakukan, kadangkala kita lalai dan kita rasa seperti kita perlu bergantung pada seseorang manusia.

    Dalam lagu ini manusia yang dimaksudkan itu adalah seorang lelaki harapan watak wanita utama tersebut.

    Harap Dapat Sambutan Peminat

    via Sony Music

    Namun kala dia sedar bahawa lelaki itu juga punya nafsu dan mampu lalai dan alpa, dia akan sedar satu-satunya tempat bergantung adalah Allah Taala dan bukan manusia biasa.

    Untuk projek ini, ia merupakan kali pertama beliau bekerjasama dengan Omar K dan Shazriq Azeman selaku pencipta dan penulis lagu.

    Harapan Liza adalah semoga lagu ini mendapat sambutan dan mampu memberikan kesan kepada semua yang mendengar, khasnya para peminatnya yang sedia ada dan mungkin peminat-peminat baharunya.

    Telah dikeluarkan pada tarikh 6 September 2024 , “Perisai Cinta” boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts