Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentErynne Erynna Umum Sudah Bercerai, Rumah Tangga Hanya Bertahan Lima Tahun –...

    Erynne Erynna Umum Sudah Bercerai, Rumah Tangga Hanya Bertahan Lima Tahun – ‘Bekas Suami Baik & Bertanggungjawab’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Erynne ErynnaErynne Erynna

    Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Erynne Erynna mendedahkan sudah bercerai dengan suami, Afify Sazali.

    Umum cerai

    Erynne ErynnaErynne Erynna

    Mengakui berat ujian yang dilalui, Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynna Abdullah berkata, dia reda dengan takdir Ilahi dan menganggap jodohnya bersama suami tidak panjang.

    Jikalau dulu saya share berita gembira pada tahun 2019 yang saya telah berkahwin, dan kini dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan yang saya sudah bercerai dengan ex husband saya.

    Sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami dan inilah yang Allah takdirkan buat kami maka bercerailah kami atas izin-Nya.

    Sungguh, ini ujian yang amat berat. Akan tetapi, Allah duga dan beri ujian pada hamba hamba-Nya yang Dia sayang dan tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuan.

    Erynne berkongsi berita itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.

    Dalam pada itu, Erynne berkata, dia dan bekas suami akan berusaha menjaga cahaya mata mereka, Medinah bersama-sama sebaik mungkin.

    Malah, Erynne menyifatkan bekas suami seorang yang bertanggungjawab dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang sudah dilakukan.

    Ex husband saya adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab pada anak kami, Medinah.

    And we’ll try our very best to be a good parents to Medinah and give her the love she deserves, insya’Allah Amin Ya Rabbal Alamin.

    To Muhamad Afify, thank you for everything. May Allah guide, ease, bless and protect you and our family always.

    Doakan yang baik baik untuk kami sekeluarga ya, dan kami juga mendoakan segala yang terbaik buat semua.

    Imbas kembali, Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019.

    ALSO READ:  Anak Kongsi Pelbagai Kejadian Dan Tak Mahu Pulang Rumah Bapa, Bekas Madu Miera Leyana Tuntut Hak Anak

    Pasangan itu menimang cahaya mata sulung perempuan diberi nama Medinah yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts