Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentErysha Emyra Tak Halang Jika Ibu Mahu Kahwin Lagi – ‘Saya Izinkan,...

    Erysha Emyra Tak Halang Jika Ibu Mahu Kahwin Lagi – ‘Saya Izinkan, Siapa Kita Untuk Menolak Jodoh’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Erysha EmyraErysha Emyra

    Pelakon Erysha Emyra mengakui tidak tahu menahu mengenai perkongsian dibuat ibunya, Datin Seri Noniswara yang mendedahkan ada menerima lamaran lelaki ingin mengenali hati budinya.

    Ibu dilamar

    Erysha EmyraErysha Emyra

    Menurut Erysha, 25, dia bagaimanapun memahami perasaan ibunya yang mungkin kesunyian selepas pemergiaan suami tercinta iaitu Allhayarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad setahun lalu.

    Sebenarnya saya tak perasan pun perkongsian dia. Saya tak nak komen banyak, tapi saya tahu mungkin hati dia masih sedih la. Kadang-kadang dia telefon anak-anak, kata rasa sunyi.

    Sebab sebelum ini dia memang selalu luangkan masa dengan suaminya. Sekarang dia cuba untuk sibukkan diri dengan keluar dengan anak-anak dan kawan. Kadang-kadang dia sibukkan diri dengan buat kerja di rumah.

    Erysha berkata demikian ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Izinkan kahwin

    Erysha EmyraErysha Emyra

    Berkongsi lanjut, pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 36 berkata, dia dan adik-beradiknya terbuka sekiranya ibu mereka mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi.

    Sudah tentu (izinkan kahwin) sebab kita dalam dunia ini siapa kan, siapa kita untuk menolak jodoh.

    Kalau memang betul ada jodoh, ada orang datang melamar dan nak jaga dia, siapa kita untuk menolak.

    Cuma anak-anak nak kenal dulu, dia kena bawa jumpa kita dan duduk sama-sama. Kalau kami rasa okay, okay lah.

    Dalam pada itu, Erysha juga memberitahu ibunya kini melalui fasa yang berbeza dan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

    Kami ada la berkongsi cerita, dia cerita dekat saya macam mana perasaan dia sekarang. Saya rasa makin lama, dia dah okay dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

    Kita tahu dia pernah bercerai, tapi ini kali pertama dia kehilangan suami disebabkan kematian, jadi benda itu berbeza untuk dia. Saya rasa dia melalui fasa yang berbeza.

    ALSO READ:  Hafiz Suip Kongsi Foto Dengan Anak-Anak, Peminat Titip Pesanan-“Buat Comeback, Jangan Sia-Siakan Bakat…”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts