Eskayvie, jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, baru-baru ini mengadakan Eskayvie Grand Annual Dinner 2025 di Hotel Intercontinental. Majlis ini bertujuan meraikan pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2024 dan menghargai dedikasi intrapreneur serta usahawan Eskayvie Nexus yang menjadi tonggak utama kejayaan syarikat.
Bertemakan “The Next Chapter: Honouring the Past, Transforming the Future,” acara ini menandakan komitmen Eskayvie untuk terus berinovasi dan relevan sebagai jenama global dalam memacu ekonomi serta kesihatan masyarakat.
Majlis ini turut menyaksikan pelancaran kempen “Booster Minda – Inspirasi Generasi Masa Hadapan,” yang memberi fokus kepada kesedaran tentang isu malnutrisi kanak-kanak di Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, statistik menunjukkan kadar tinggi masalah seperti anemia, bantut, dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang boleh menjejaskan perkembangan otak dan fizikal mereka.
Untuk menangani isu ini, Eskayvie memperkenalkan suplemen minda seperti Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior, yang dirumus khas dengan kandungan seperti Phosphatidylserine dan Ashwagandha KSM-66 bagi menyokong fungsi memori, pembelajaran, dan keperluan nutrisi harian kanak-kanak.
Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, turut berkongsi bahawa syarikat komited menghasilkan produk berkualiti tinggi menggunakan teknologi terkini. Beliau menegaskan bahawa kempen ini adalah usaha penting untuk memastikan generasi muda Malaysia mendapat nutrisi mencukupi agar membesar menjadi individu cerdas dan produktif.
Tahun lalu, Eskayvie turut mencatat pencapaian luar biasa dengan diiktiraf SIRIM sebagai organisasi yang komited terhadap amalan lestari serta melalui Yayasan Eskayvie, telah menyumbang jutaan ringgit kepada golongan memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal, dan mangsa bencana.
Acara ini dirasmikan oleh Dr. Syid Ayob, manakala Kartika melancarkan transformasi penjenamaan logo baharu Eskayvie. Dengan semangat untuk memperkasakan kesihatan masyarakat secara holistik, Eskayvie kini berada dalam kedudukan strategik untuk meluaskan rangkaiannya ke seluruh Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, dan Filipina.
Melalui kesedaran, inovasi, dan kerjasama, Eskayvie yakin dapat membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Maklumat lanjut mengenai kempen dan produk boleh didapati di www.eskayvie.com atau www.boosterminda.com.