Penyanyi dan pelakon, Aiman Tino meluahkan rasa bimbang apabila dia dan isteri terkandas di Seoul, Korea Selatan disebabkan cuaca buruk dan salji lebat yang menyebabkan banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan.
Terkandas Dalam Penerbangan Selama 8 Jam
Aiman, menerusi hantaran di Insta Stories, menceritakan bahawa dia dan isteri, Che Syarah Haifa Che Isa mereka terkandas di dalam penerbangan selama 8 jam disebabkan cuaca di Seoul yang agak teruk.
“Tiba-tiba rasa seram pulak. Sepatutnya hari ni kami balik. Nak dijadikan cerita, kami dah masuk flight dari pukul 11.00 pagi tadi tapi tiba-tiba delayed.
Kami stuck dalam flight 8 jam dan kami diberitahu tentang cuaca di Seoul sekarang agak teruk.”-kongsi Aiman Tino di Insta Stories
“Esok Pun Masih Belum Tentu Kami Dapat Balik…”
Tambahnya lagi, penyanyi Ku Rela Dibenci ini turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan segala urusan mereka untuk kembali ke tanah air disebabkan urusan kerja yang harus diselesaikan kelak.
“Esok pun masih belum tentu kami dapat balik. Tolong doakan kami semua, kawan-kawan. Saya ada kerja lain kena selesaikan lusa. Kami salah satu flight yang dibatalkan.
Yang menyedihkan lagi, hari ni saya dan isteri tak sempat breakfast sebab terpaksa bergegas dari hotel terus ke airport. Sampai sekarang kami tak makan lagi.
Nasib baik Malaysia Airlines bagi kacang dengan sandwich, dapat juga alas perut sikit. Tapi sekarang tengah lapar gang.”-kongsi Aiman lagi
Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan segala urusan mereka untuk kembali ke tanah air. Apa komen anda?