Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentEsther Puas Hati Walau Tersingkir Minggu Pertama CSOAIM – ‘Keputusan Yang Tidak...

    Esther Puas Hati Walau Tersingkir Minggu Pertama CSOAIM – ‘Keputusan Yang Tidak Dijangka, Tapi Saya Pulang Ke Sabah Dengan Bermaruah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Minggu pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menyaksikan enam peserta tersingkir iaitu Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther dan Jill Gaisah.

    Berpuas hati

    Bekas naib juara OIAM musim ketiga, Esther mengakui tidak menyangka dengan penyingkiran tersebut namun menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

    Saya terkejut apabila diumumkan sebagai salah seorang yang tersingkir. Bukanlah saya terlalu yakin tetapi saya rasa sudah lakukan yang terbaik.

    Saya tahu selok belok sesebuah rancangan TV, jadi saya terima keputusannya. Walaupun keputusannya tidak dijangka, tapi saya pulang ke Sabah dengan bermaruah.

    Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 37 tahun itu tetap berpuas hati dengan persembahannya terutama apabila mendapat pujian daripada guru vokalnya.

    Guru vokal kami berkata, saya menyanyi dengan bagus pada malam ini. Jadi, saya berpuas hati kerana dapat menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu dengan baik.

    Malah saya juga berpuas hati dengan komen yang diberikan oleh juri. Pada saya mereka memberikan komen yang positif.

    Ubah penampilan & nyanyian

     

    View this post on Instagram

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Negeri Di Bawah Bayu tersebut berkata, jika diberikan peluang dia mahu membuat penambahbaikan dari segi nyanyian dan juga penampilannnya.

    Apa yang saya nak ubah antaranya adalah penampilan saya, maklumlah saya pun sudah berumur.

    Cara nyanyian saya juga perlu diubah, saya akan menambah baik lagi sesuai dengan pertandingan CSOAIM ini dan memenuhi kemahuan penonton.

    Untuk info, CSOIAM pada minggu kedua akan membawa tema Memori Indah Segar Membara.

    Seramai 14 peserta yang terpilih iaitu Dhania, Mariam, Zazzleen, Kai Deva, Hafiz Zainal, Rezza Shah, Aniq Iffat, Hazimi, Erfarina, Alya, Eylia, Dayangku Iffah, Mary Grace dan Trio XL bakal berentap pentas CSOIAM untuk merebut wang tunai berjumlah RM1 juta.

    ALSO READ:  Syamsul Yusof Bangga Anak Lelaki Dapat Anugerah ‘Best Soccer Player Of The Year’ Daripada Kuala Lumpur FC

    CSOIAM ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Datuk Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan. Manakala selebriti undangan adalah Dayang Nurfaizah, Yuna dan Datuk Nash.

    Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts