Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentExists & Masdo Beraksi Atas Satu Pentas, Konsert ‘Battle Of Time’ Bakal...

    Exists & Masdo Beraksi Atas Satu Pentas, Konsert ‘Battle Of Time’ Bakal Gegarkan Dewan Merdeka 10 November Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Dua band terkenal tanah air iaitu Exists dan Masdo bakal bergabung pentas menghiburkan peminat menerusi konsert Battle Of Time Exists X Masdo pada 10 November 2024.

    Exists X Masdo

    Anggota kumpulan Masdo iaitu Putu Ceri meluahkan rasa teruja dan bertuah kerana berpeluang bekerjasama dengan Exists yang merupakan salah satu band legenda di Malaysia.

    Sebagai kugiran baharu MASDO teruja berkongsi pentas bersama EXISTS yang lagu-lagu mereka selalu menjadi siulan kami di waktu remaja.

    Meskipun aliran genre muzik Masdo dan Exists berbeza tetapi konsert Battle of Time ini akan memberikan pengalaman baharu buat peminat kedua-dua band itu sendiri.

    Dengan genre muzik yang sedikit berbeza tetapi tema Battle of Time yang dipilih signifikan bersama Masdo yang pekat aliran pop 60-an.

    Sementara itu, Dewi dari Dennsa selaku penganjur berkata, Exists dan Masdo merupakan kolaborasi terbaik untuk membawakan muzik lama dan baharu kepada para pendengar.

    Seperti yang semua sedia maklum Exists adalah sebuah kugiran legenda yang karya mereka telah didengar daripada generasi Millenial kepada generasi Alpha. 

    Sementara buat Masdo pula tidak dapat disangkal lagi betapa aura muzik yang mereka bawakan telah menimbulkan fenomena dan gelombang tersendiri dalam kalangan penggemar muzik Nusantara.

    Dalam pada itu, pemilihan Exists sebagai bintang utama konsert Battle Of Time Exists X Masdo adalah kerana kumpulan itu kekal relevan sehingga kini.

    Lagu-lagu Exists dari Oh Ibu sehingga Julia malah Langkah Seiringin yang telah dihasilkan lebih sedekad lalu kini menjadi trending di Tik Tok.

    Ini semua menjadi bukti karya Exists tidak mati ditelan zaman dan terus relevan meski era bertukar. Maka itu menjadi sebab utama kami selaku penganjur dengan bangga membawa Exists ke dalam Battle Of Time Exists X Masdo.

    Untuk info, konsert yang dianjurkan oleh Dennsa dan Sensorhythm bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTCKL pada 10 November hadapan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Nama Dipetik Sarah Yasmine, Meerqeen Pilih Sibuk Dengan Lakonan – ‘Saya Tiada Apa Nak Komen’

    Orang ramai boleh mendapatkan tiket bermula 5 September ini dengan harga serendah RM159 sehingga RM789 menerusi laman web MyTicket.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts