Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentEyka Farhana Dedah Akhyar Rashid ‘Start’ DM Di Instagram, Lima Tahun Hadap...

    Eyka Farhana Dedah Akhyar Rashid ‘Start’ DM Di Instagram, Lima Tahun Hadap ‘LDR’ Mudah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Eyka Farhana tidak menganggap hubungan jarak jauh dengan teman lelaki yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid sebagai satu masalah.

    Artikel berkaitan: Eyka Farhana Tak Mahu Campur Urusan Cinta & Kerjaya – ‘Tunggu Seru, Banyak Lagi Saya Nak Capai’

    Artikel berkaitan: Jaringkan Gol Kemenangan Buat JDT, Akhyar Terima Ucapan Tahniah Daripada Eyka Farhana – ‘Congrats B’

    Jalani hubungan jarak jauh

    Menerusi temu bual di Podcast Studio Sembang, Eyka, 29, berkongsi detik pertemuan dengan Akhyar melalui ‘direct message’ (DM) di Instagram.

    Dia DM saya di Instagram. Pada mulanya saya tidak kenal siapa yang DM saya tu. Adik saya beritahu dia kenal siapa Akhyar.

    Adik minta saya cuba untuk keluar dengannya dan pada awalnya saya agak keberatan untuk berkawan dengan pemain bola sepak tapi itulah… sekarang Alhamdulillah hubungan kami dah hampir lima tahun.

    Menurutnya, hubungan jarak jauh memberi ruang kepada mereka untuk fokus kepada kerjaya masing-masing.

    Hubungan kami tidak mempunyai masalah daripada segi masa sebab kami menjalani hubungan jarak jauh (PJJ).

    Kami pun jarang jumpa dan disebabkan itu saya banyak memberi fokus kepada kerjaya seni. Bila kami masing-masing tak sibuk barulah kami luangkan masa untuk berjumpa.

    Lebih hargai masa bersama

    Sementara itu, hubungan jarak jauh ini juga membuatkan Eyka lebih menghargai masa bersama teman lelaki.

    Hubungan ini menjadi lebih mudah kerana kami PJJ. Kami banyak buat panggilan video dan sebenarnya kami ada sahaja masa untuk luangkan bersama.

    Bila saya cuti saya ke tempat dia, kalau dia pula cuti walaupun dalam sehari dua, dia juga akan datang ke Kuala Lumpur.

    Bila jarang berjumpa, barulah kami rasa kualiti masa bersama. Bagi saya, kepercayaan itu juga sangat penting.

    Sekadar info, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25, pada tahun 2021.

    ALSO READ:  Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan untuk Tom dan Fuad – 'Selamat Datang ke Dunia, Anggun'

    Eyka bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya itu namun memohon doa semua agar dipermudahkan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts