Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentEyka Farhana Masih Belum Bersedia Tutup Aurat, Terima Segala Teguran Netizen –...

    Eyka Farhana Masih Belum Bersedia Tutup Aurat, Terima Segala Teguran Netizen – ‘Saya Faham Niat Mereka’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Eyka Farhana dikecam netizen apabila berpenampilan seksi ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) selepas pulang dari Tanah Suci, baru-baru ini.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Eyka Farhana Masak Mee Bandung, Kecantikan Jadi Perhatian – ‘Pandai Masak, Boleh Kahwin Dah’

    Artikel berkaitan: Netizen Minta Fokus Umrah, Eyka Farhana Beri Respon – ‘Niat Saya Hanya Nak Tunjuk Keindahan Beribadah Di Sana’

    Masih belum bersedia

    Memetik laporan Berita Harian, Eyka memohon maaf di atas tindakannya dan memberitahu masih belum bersedia untuk menutup aurat dengan sempurna.

    Jujurnya, soal penampilan atau perubahan diri terlalu peribadi untuk diperkatakan. Saya faham pengikut mengharapkan perubahan bila saya pulang mengerjakan umrah seperti memakai tudung dan sebagainya.

    Tapi, mungkin perkara itu belum lagi buat saya. Saya juga mohon maaf jika pakaian saya terlalu berlebihan.

    Meskipun terima banyak komen negatif, Eyka bagaimanapun tidak cepat melenting dan menerima segala teguran daripada netizen untuk memperbaiki dirinya.

    Insya-Allah, manalah tahu saya akan berubah suatu hari nanti. Manusia kalau nak berubah tak semestinya berlaku bila balik umrah sahaja. Dekat Malaysia pun boleh berubah jika diizinkan. Mungkin orang selalu bercakap soal saya sebab mereka sayang dan ambil berat.

    Saya sangat memahami niat mereka dan tak pernah salahkan mereka. Cuma apa yang boleh saya katakan, moga saya akan berubah dan dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

    Pengalaman buat umrah

    Berkongsi tentang pengalaman mengerjakan umrah bersama adik dan pelakon Bella Astillah, Eyka berasa lebih tenang dalam beribadah.

    Masa mula-mula nak pergi umrah, perasaan teruja silih ganti. Teruja kerana ini kali pertama saya diundang menjadi tetamu Allah.

    Perasaan bimbang pula selepas menyedari kekhilafan yang saya lakukan selama ini. Sebagai manusia, kita tak lepas dari melakukan dosa. Bila berada di Tanah Suci, saya dapat rasakan ketenangan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

    Bahkan setiap kali beribadat, terasa seperti Allah begitu dekat dengan diri ini. Situasi itulah yang membuatkan hati tersentuh.

    Terdahulu, Eyka menerima pelbagai cemuhan selepas memuat naik hantaran tidak menutup aurat di Instagram selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.

    ALSO READ:  [VIDEO] PETRONAS 50 Dreams Kembali Penuhi Impian Insan-Insan Berbeza Latar Belakang

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts