Pelakon Eyka Farhana berkongsi momen manis ketika dia dan tunangnya iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menyambut ‘anniversary’ keenam hubungan cinta mereka, baru-baru ini.
‘Anniversary’
Menerusi hantaran di Instagram, Eyka dan Akhyar dilihat keluar makan malam bersama di sebuah hotel yang berlatar belakang bangunan pencakar langit, KLCC.
Dalam hantaran berkenaan, aktres berusia 29 itu dilihat begitu anggun mengenakan dres berona putih. Manakala Akhyar segak memakai kemeja berwarna hitam.
Tidak meletakkan kapsyen yang panjang, Eyka hanya menulis angka enam sebagai simbolik sudah enam tahun mereka berkenalan berserta emoji hati berwarna putih.
Sementara itu, dalam salah satu foto yang dimuat naik, terdapat satu kad ucapan yang dipercayai diberikan Akhyar kepada pelakon drama Budak Tebing.
Happy anniversary my future, I love you so much.
Pada 4 Ogos lalu, Eyka dan Akhyar selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat.
Kisah percintaan mereka mula dihidu peminat masing-masing sejak 2020.