Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentEyra Hazali Persoal Kenyataan Ruhainies? Netizen Setuju! -“Kenapa Bukan PA Tolong Angkat...

    Eyra Hazali Persoal Kenyataan Ruhainies? Netizen Setuju! -“Kenapa Bukan PA Tolong Angkat Barang?”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Ruhainies dan aktor Aliff Aziz akhirnya tampil memberikan kenyataan rasmi menerusi hantaran di akaun media sosial masing-masing selepas ditangkap khalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Polis Diraja Malaysia di sebuah kondominium mewah, pada 8 Mac lalu.

    Jelas Ruhainies, tujuan Aliff berada di rumahnya itu adalah bertujuan untuk mengadakan pertemuan bersama ahli keluarganya yang sudah dikenali sejak 10 tahun yang lalu.

    “Risteena maklumkan kepada saya, dia dalam perjalanan ke rumah saya, namun tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Jadi saya buat keputusan untuk naik ke rumah dan letakkan barang keperluan shooting saya.

    Kemudian, saya dan Aliff sempat berborak sementara menunggu dan tidak lama kemudian, pintu rumah saya diketuk. Saya ingatkan itu kakak saya sebab dia cakap, dia dah nak sampai. Tapi, apabila dengan mendengar suara lelaki, semestinya saya takut untuk membuka pintu atas faktor keselamatan.”-jelas Ruhainies

    View this post on Instagram

    A post shared by @ruhainies7

    “Kenapa Bukan PA Tolong Angkat Barang?”

    Kenyataan yang diberikan oleh Ruhainies turut mendapat reaksi oleh pelakon, Eyra Hazali menerusi hantaran di laman X yang mempersoal keberadaan pembantu peribadi pelakon berkenaan ketika kejadian.

    “So PA pergi mana? Kenapa bukan PA tolong angkat barang? The boy pun risau keselematan ke tak nak buka pintu? Tak ajak wife or so called bestfriend sekali ke makan-makan? Mana minta maaf kepada isteri?

    Kesimpulannya, kena ada boundaries walaupun dah 10 tahun kawan.”-tulis Eyra Hazali di X

    Pelbagai Reaksi Netizen

    Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Eyra, malah ada yang menyifatkan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pelakon tesebut tidak masuk akal.

    “Statement yang langsung tak logik akal. Jem pukul 2 pagi, gathering makan-makan pukul 2 pagi. Tunggu kakak sampai 3 jam. Tak tahu siapa dekat pintu. Dia ingat kita tak tengok 999 ke? Setiap kali JAWI atau POLIS datang, mesti akan bagitu sambil ketuk pintu.”

    “Macam budak-budak sekolah reka cerita/ bagi alasan kat cikgu lepas kantoi buat salah.”

    “Kalau dia tak salah, dia mesti inform Bella. Bella tak akan pergi tuntut cerai. Bella dengan dia pun kawan. Takkan tak ada nombor phone.”

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  Bukan Buang Kawan, Kaka Azraff Tekad Cari Kawan Yang Bantu Dekatkan Diri Kepada Allah


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts