Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentEyra Hazali Sekeluarga Masuk Hospital, Keluarga Mohon Doa

    Eyra Hazali Sekeluarga Masuk Hospital, Keluarga Mohon Doa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Eyra Hazali, suami dan dua anak mereka kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kerana disyaki mengalami keracunan makanan.

    Artikel berkaitan: Telatah Anak Eyra Hazali ‘Selit’ Lagu Pasukan JDT Dalam Doa Bikin Netizen Berdekah -‘Tahulah Ayah Dia Goal Keeper’

    Artikel berkaitan: Suami Sepupu Eyra Hazali Antara Terkorban Nahas Helikopter Terhempas

    Muntah dan cirit-birit

    Menurut ibu kepada Eyra iaitu Qhuzie Mohd Johari, anaknya mengalami simptom muntah-muntah apabila pulang ke rumah selepas menjaga anak keduanya, Endra di wad.

    Eyra yang menjaga Endra satu malam di wad dan mungkin dia mendapat jangkitan dari situ. Selepas Eyra kena masuk wad, petang itu pula, anak sulungnya Hayder pula mengalami muntah-muntah dan cirit-birit dan terpaksa dimasukkan ke wad.

    Malam tadi pula, suami Eyra yang menjaganya di wad mengalami muntah-muntah hingga enam ke tujuh kali dan terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan pada jam 3 pagi.

    Berbicara lebih lanjut, Qhuzie berkata, doktor sedang memantau keadaan kesihatan Eyra memandangkan pelakon ‘Menjinak Ombak’ ini sedang hamil enam bulan.

    Doktor beritahu, keracunan makanan memang boleh berjangkit satu keluarga kerana mereka berkongsi tandas yang sama. Doktor juga akan pantau lebih keadaan Eyra yang lemah dan muntah-muntah kerana dia sedang hamil.

    Disoal pula mengenai keadaan Endra, Qhuzie, memberitahu bahawa, anak kedua Eyra mengalami dehidrasi akibat keracunan makanan.

    Eyra beritahu Endra mengalami muntah-muntah yang teruk dan terpaksa dimasukkan ke wad. Endra tidak makan dan minum serta hanya minum sedikit susu akibat keracunan makanan.

    Tambah Qhuzie, dia dan ahli keluarga yang lain bergilir menjaga Eyra dan dua anaknya di wad ketika ini.

    Haziq pula di masukkan ke wad bangunan yang lain dan dijaga ahli keluarganya. Buat masa ini, Eyra tidak boleh menerima pelawat lagi dan hanya ahli keluarga terdekat.

    Saya juga mohon untuk semua peminat yang menyayangi Eyra untuk sama-sama berdoa semoga diberikan kesembuhan buat Eyra, suami dan dua anaknya dan dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga.

    ALSO READ:  Kehebatan Tema 'Muzikaverse' Menjadi Highlight AJL 38 yang Paling Ikonik!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts