Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentEzuwan Ismail Cabar Diri Buat Busana Tradisional, Kagum Dengan Cara Kerja Siti...

    Ezuwan Ismail Cabar Diri Buat Busana Tradisional, Kagum Dengan Cara Kerja Siti Nurhaliza – ‘Bukan Senang Nak Dapat Pujian Datuk K’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail meluahkan rasa kagumnya terhadap cara kerja yang ditunjukkan penyanyi hebat negara, Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari mereka bekerjasama di belakang pentas sewaktu Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024 pada 28 dan 29 Jun lalu.

    Kagum dengan Siti

    Bukan itu sahaja, Ezuwan yang mereka dua busana cantik buat Siti turut memuji pengurusan masa yang ditunjukkan figura bersuara merdu itu.

    Menurut pereka fesyen berusia 42 tahun, Siti yang mesra disapa Tokti sangat disiplin mengenai waktu terutama sekali melibatkan waktu solat.

    Bersyukur kerana kami serasi dan mudah bekerjasama. Dia peramah, selalu senyum dan profesional, termasuk pihak pengurusannya juga. Meski pun dia tersohor, namun sikap rendah diri itulah yang sebenarnya memudahkan proses kerja.

    Saya percaya, pengalamannya yang kini hampir tiga dekad di dalam industri membuatkan dia cukup matang, selain menghormati peranan setiap orang yang berada di sekeliling.

    Sebagai pereka fesyen pula, saya sedia maklum akan keterbatasannya dalam menggayakan busana. Jadi bila sesi lakaran dan ‘fitting’ dilakukan, saya akan lontarkan idea dan lega bila hasil kerja kita lulus di matanya.

    Bayangkan waktu saya sampai di belakang pentas konsert, dia sudah pun siap bersolek dan bertelekung sebab nak menunggu waktu solat. Kemudian barulah dia akan pakai busana sambil dibantu pembantu wanita sebelum membuat persembahan.

    Lebih mengharukan, suami kepada Siti iaitu Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K juga menghargai busana yang direka Ezwan kepada isteri tercinta.

    Alhamdulillah Datuk K suka dengan baju yang saya buat. Dia sempat beri isyarat ‘thumbs up’ sambil kata cantik. Iyalah, bukan senang nak dapat pujian sedemikian daripada Datuk K.

    Rasa berbaloi bila terima dedikasi tersebut mengenangkan kita sendiri bertungkus-lumus mahu beri yang terbaik demi konsert skala besar Siti di negara orang.

    Bercakap soal rekaan yang dihasilkan, Ezuwan memaklumkan dia mencabar dirinya buat kali pertama dengan menyiapkan helaian tradisional buat pelantun yang terkenal menerusi lagu ‘Hati Kama’ itu.

    ALSO READ:  Isu Royalti Album Rockology Search: Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Rompak’

    Menurut Ezuwan, busana tersebut sangatlah mencabar kerana perlu menampakkan elemen glamor di samping mengekalkan identiti kemelayuan.

    Ada dua persalinan yang dapat sentuhan saya iaitu satu busana moden. Itu boleh dianggap sudah jadi macam ‘makanan’ kita. Cuma agak mencabar nak siapkan baju tradisional sebab kalau silap langkah, ia boleh jadi macam baju songket pengantin!

    Saya cubalah yang terbaik kerana nak nampak ia ada elemen glamor di samping masih mengekalkan aura kemelayuannya. Memang menguji sebab sepanjang proses menyiapkan busana itu, saya di Tanah Suci bagi menunaikan Haji.

    Jadi tak dapat nak pegang depan mata. Walaupun saya dah biasa buat baju, tapi sentuhan pereka feysen itu adalah kepuasan sebenar. Kami hanya berkomunikasi menerusi panggilan video saja, namun syukur kerana dipermudahkan.

    Untuk persalinan itu juga, saya fokus kepada perincian yang mana ia disulami dengan puluhan ribu manik-manik halus selain ada tassel, kerawang dan guna dawai di bahagian bahu bagi memberikan ilusi ‘3D’ pada rekaan.

    Terdahulu, busana yang digayakan Siti menjadi bualan di media sosial dan meraih hampir 30,000 tanda suka dengan lebih 300 komen daripada wargamaya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji busan indah yang digayakan Siti ketika menjayakan slot Irama Malaysia menerusi konsert yang berlangsung di Singapura itu.

    Instagram Siti Nurhaliza

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts