Pelakon jelita yang sedang meningkat naik, Ezzanie Jasny mendedahkan bahawa hubungannya dengan penyanyi Noki tidak lagi rapat seperti dahulu.
Bawa haluan masing-masing
Ketika ditemui , pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny berkata, dia dan Noki selesa untuk membawa haluan masing-masing bahkan sudah tidak lagi berhubung.
Apa yang saya boleh katakan adalah Noki pernah jadi kawan baik saya dan kami sudah tidak lagi berhubung sekarang.
Ezzanie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama-drama TV3 âRara Macam Dulu-Duluâ sempena sambutan Ramadan dan Syawal bertempat di Glamhall, Damansara pada petang Khamis.
Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun ini menafikan dakwaan mengatakan timbulnya sebarang perselisihan faham yang menyebabkan persahabatan mereka goyah dan putus.
Kami tidak lagi keluar bersama. Mungkin lebih selesa untuk fokus bawa haluan masing-masing.
Sebelum ini pun seperti yang pernah saya katakan kami hanya berlawan sahaja. Saya pun tidak mahu komen pernah mengharap untuk rapat dalam hubungan serius atau tidak.
Sekadar info, Ezzanie dan Noki dikatakan bermain cinta selepas tular beberapa hantaran mesra yang dimuat naik pelakon berkenaan di media sosial.
Desas desus itu bertambah kuat apabila Noki dilihat menghadiahkan sehelai sejadah bersulam nama Ezzani selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, Ezzanie enggan untuk mengesahkan mengenai gosip percintaanya bersama dengan Noki.