Pasti ramai yang mengenali dengan individu yang bernama Fadzil Zahari yang merupakan adik kepada Farid Kamil ini.
Mohon Maaf Kepada Semua
Antara yang seringkali menjadi perhatian apabila dia seringkali dilihat membuat hantaran ataupun mengulas serba sedikit dengan perkara-perkara dan isu-isu semasa yang terjadi di Malaysia khususnya.
Terbaru satu hantaran video miliknya di Instagram cetus pelbagai rekasi dari warga netizen.
Dalam video tersebut, Fadzil dilihat memohon maaf kepada semua dan individu-individu yang dia telah mengulas isu-isu mereka sebelum ini.
Ini termasuklah tindakannya meng’edit’ gambar sesetengah individu dan memuat naik di media sosial.
Saya Fadzil Zahari sempena hari yang baik ini. Saya nak mintak maaf kepada siapa-siapa saja yang pernah terasa hati, sakit hati, tak suka pada saya terutamanya ‘posting’ yang saya buat ‘content’.
Contoh saya buat editing video, saya buat editing gambar, ada terasa hati. Saya nak minta maaf terus dari saya kepada anda.
Bernekad Untuk Berhenti
Jelas Fadzil lagi, dia turut menyatakan bahawa dia sudah lama tidak aktif dengan media sosial dan setelah berfikir panjang mengenai perkara tersebut, dia memilih untuk berhenti dari melakukannya.
Kalau tengok saya pun dah tak aktif berapa lama dah. Sebab duk fikir panjang, lama juga la duk fikir, masa buat ‘posting’ tu kita rasa biasa saja, tapi bila kita baca balik komen-komen tu, mungkin aku ada salah sini, salah situ.
Jadi saya nak ambil peluang ini, nak minta maaf pada semua, untuk sesetengah individu mungkin kalau saya ada nombor untuk dihubungi, saya akan whatsup mereka secara terus ataupun saya akan DM terus untuk minta maaf la.
Insyallah, lepas ni, saya akan berusaha untuk mengelak hantaran sedemikian yang boleh buat orang terasa hati.
Jadi saya nak minta maaf sekali lagi, kepada sesiapa yang terasa hati dengan saya, ataupun keluarga saya, saya nak minta maaf.
Harap kita sudah tiada apa sangkut lagi.
Fadzil mengakhiri ucapannya dengan memohon maaf kepada semua yang pernah dia melakukan ‘editing’ dan berharap perkara tersebut tidak diulanginya lagi.