Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFaham Perasaan Perit Terpisah Seorang Ayah Yang Rindukan Anak Kandung Sendiri, Sharnaaz...

    Faham Perasaan Perit Terpisah Seorang Ayah Yang Rindukan Anak Kandung Sendiri, Sharnaaz Mahu Beri Pelukan Buat Fizi Ali

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ramai yang tahu bahawa perceraian mempunyai kesan besar terhadap kekeluargaan, terutamanya kepada anak-anak.
    Perceraian ibu bapa sering kali hasilkan pertelingkahan mengenai penjagaan anak yang akan memberi kesan emosi kepada anak-anak.
    Ada banyak pasangan yang terus bermusuhan selepas perceraian kerana nafkah dan penjagaan anak. Pasangan yang bercerai perlu menjaga hak-hak selepas perceraian untuk elakkan pertikaian dan masalah yang lebih serius.
    Walaubagaimanapun, ramai juga pasangan yang sanggup melupakan ego dan dendam demi kebaikan anak-anak. Tidak dinafikan, tidak mudah bagi pasangan yang sudah bercerai untuk berganding bahu dalam hal kepentingan anak-anak.

    Contohnya, pelakon Sharnaaz Ahmad memahami perasaan penyampai radio Fizi Ali yang sudah dua bulan tidak dapat bertemu dengan anaknya sendiri.

    Kata Sharnaaz, 39, sesiapa yang pernah melalui situasi sama akan memahami keperitan berpisah dengan anak dalam jangka masa yang panjang.

    “Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi tetapi aku akan peluk kau.

    “Aku tidak mahu tau betul atau salah tetapi jangan sesekali pisahkan. Apa-apa pun alasannya,” katanya dalam Instagram.

    Pendapat yang dilontarkan pelakon filem Polis Evo 3 itu dibuat selepas membaca liputan media yang memaparkan video Fizi ditemu bual semasa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pagi tadi.

    Pagi tadi, proses sulh berhubung isu hak penjagaan anak antara Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang juga seorang pelakon gagal mencapai kata sepakat.

    Malah, permintaan Fizi untuk berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia juga tidak dipersetujui Shakilla.

    Bagaimanapun, Sharnaaz bernasib baik apabila bekas isterinya, Noor Nabila bersetuju untuk menjaga anak lelaki tunggal mereka iaitu Jebat Jayden secara bergilir-gilir.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts