Seorang pengguna di aplikasi X mencuri perhatian apabila berkongsi pendapatnya mengenai penyanyi terkenal, Faizal Tahir.
‘Aku rasa dia penjawat awam’
Faizal Tahir ni dah macam penjawat awam dah.
Setiap tahun, lagu Merdeka mesti lagu dia.
Tahun ni dah berapa lagu patriot dia bikin.
— Faqimi Fauzi on ? (@faqimifauzi) August 28, 2024
Menerusi ciapan yang dibuat, individu yang dikenali sebagai Faqimi Fauzi berseloroh menyatakan Faizal bagaikan sudah menjadi seorang kakitangan kerajaan.
Ini kerana, Faqimi berpendapat pasti akan ada saja lagu bertemakan kemerdekaan yang dihasilkan pelantun lagu ‘Negaraku’ itu setiap tahun.
Faizal Tahir ini dah macam penjawat awam dah. Setiap tahun, lagu Merdeka mesti lagu dia.
Tahun ini dah berapa lagu patriot yang dia bikin.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan guraun Faqimi.
Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat suara yang ada pada penyanyi berusia 45 tahun itu begitu sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu bertemakan kemerdekaan.
Sekadar info, antara lagu bertemakan kemerdekaan yang dihasilkan Faizal pada tahun ini termasuklah Semangat Juara dan Bendera.