Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFakta Mengejutkan Tentang Vagina Yang Ramai Tak Tahu

    Fakta Mengejutkan Tentang Vagina Yang Ramai Tak Tahu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mungkin ramai yang mula gusar atau runsing apabila masuk ke dalam topik perbincangan yang agak ‘memalukan’ sebegini.

    Walhal, tiada apa yang perlu dimalukan kerana ini adalah perkara yang normal, merangkumi ilmu yang harus dikongsikan sesama wanita kerana kebanyakan daripada kita sering mempunyai salah faham tentang konsep dan fungsi vagina.

    Nak tahu apa dia, teruskan pembacaan…

    Fakta #1

    Vagina adalah perkataan yang berasal dari bahasa Latin ‘Sheath’ membawa maksud bilah pisau atau pedang.

    Fakta #2

    Vagina boleh meregang sehingga 200% daripada saiz asalnya apabila ia terangsang. Dua pertiga bahagian dalam vagina akan mengembang dan melebar.

    Fakta #3

    Terdapat dua lubang di bahagian vagina. Satu adalah berfungsi untuk membuang air kecil manakala yang satu lagi adalah pembukaan vagina yang dimanfaatkan ketika melakukan hubungan kelamin -terletak di bawah clitoris (kelentit).

    Fakta #4

    Tidak semua wanita dilahirkan dengan “hymens” iaitu selaput dara.

    Fakta #5

    Orgasm atau klimaks sebenarnya boleh berfungsi sebagai ‘ubat tahan sakit’. Ketika seseorang mencapai klimaks, tubuh kamu sebenarnya melepaskan sejenis kimia yang digelar “Oxytocin”. Ia dapat melegakan sakit senggugut serta sakit kepala.

    Fakta #6

    Tahukah kamu clitoris atau kelentit adalah satu-satunya organ dalam badan manusia yang dicipta untuk kepuasan seksual semata. Tuhan menjadikannya untuk memberi keseronokkan kepada wanita!

    Fakta #7

    Pil perancang sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada penghasilan “semen” atau air mani seseorang wanita. Penghasilan cecair dalam vagina tersebut adalah bergantung kepada kadar estrogen seseorang.

    Fakta #8

    Sekurang-kurangnya, terdapat 8000 saraf di dalam clitoris. Jauh berbeza berbanding organ sulit lelaki kerana zakar hanya ada 4000 saraf sahaja. Ini juga menguatkan lagi fakta, mengapa klimaks wanita bisa bertahan 4 kali lebih lama berbanding lelaki.

    ALSO READ:  Ooi Tianjia Cabar Diri Di Usia 16 Tahun Sertai Ujibakat Calpis Soda OIAM

    Fakta #9

    Kamu sebenarnya boleh mengetahui waktu kesuburan anda melalui keadaan cecair buangan yang keluar dari vagina. Jika lendir serviks yang keluar dari vagina itu adalah lebih jernih dan agak likat (elastik), bermakna kamu sedang berada dalam tempoh subur atau ovulasi.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts