Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFamili Duo Kembali Dengan Musim Keempat, Enam Pasangan Kembali Berentap! ‘Partner’ Naqiu...

    Famili Duo Kembali Dengan Musim Keempat, Enam Pasangan Kembali Berentap! ‘Partner’ Naqiu Kekal Rahsia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Program realiti nyanyian terbitan TV3, Famili Duo kembali dengan musim keempat (FD4) dengan menampilkan enam pasangan yang bakal berentap selama lapan minggu.

    Rebut RM100,000

    Akan mula ditayangkan pada 20 Oktober 2024, program FD4 kali ini dibawakan khas oleh penaja utama Perfume Paradise dan rakan penaja Marigold HL.

    Bagi musim terbaharu, program FD4 bakal menggandingkan Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala menampilkan gandingan baharu di kerusi juri iaitu Datuk Rosyam dan Mummy Mas Idayu.

    Seperti biasa, konsep bagi pertandingan ini ialah setiap pasangan perlu berentap untuk menjadi juara mingguan selama tujuh minggu sebelum melangkah ke peringkat akhir pada minggu kelapan.

    Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri (70%) dan undian atas talian melalui Tonton (30%). 

    Duo juara mingguan akan memenangi hadiah berjumlah RM10,000 setiap minggu (7 episod  pertama), dan juara pentas akhir FD4 akan memenangi hadiah  RM100,000! 

    Pasangan Naqiu masih rahsia

    Untuk musim terbaharu, lima pasangan yang telah diumumkan bagi merebut gelaran juara ialah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Yasmin Aziz (sepupu). 

    Namun begitu, terdapat satu lagi misteri yang masih belum terungkai apabila pasangan keenam masih belum didedahkan sepenuhnya dengan Naqiu tampil bersendirian di pentas buat masa ini. 

    Siapakah pasangan misteri yang bakal muncul di FD4 dan bergandingan dengan Naqiu pada minggu pertama nanti?

    Jangan lupa untuk saksikan FD4 bermula 20 Oktober 2024 ini dan bakal bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.

    ALSO READ:  Kanak-Kanak Terpaksa Bekerja Waktu Malam, Menanggung Tanggungjawab Ayah dan Ibu Tiri

    FD4 juga boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,223FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts