Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.
Rumah tangga Shuk bergolak?
Menerusi perkongsian di platform Thread, Fara memberitahu bahawa salah satu penyesalan dalam hidupnya apabila membuat keputusan untuk berkahwin.
Hantaran tersebut sekaligus mengundang spekulasi ramai yang mendakwa hubungan Fara dan Shuk kini dalam masalah. Malah ada segelintir daripada wargamaya menyifatkan itu adalah ‘balasan’ kerana Fara pernah merampas Shuk daripada Rossa Sera sebelum ini.
Walau bagaimanapun, Fara tampil membela diri dan menafikan dia adalah punca pasangan itu bercerai.
Saya tak pernah rebut dia awak dan dia bukan ada saya sorang ya kalau nak tahu zaman tu. Boleh tanya sendiri tuan badan yang claim tu. Allah saksi saya dan orang sekeliling termasuk kawan dia tahu benda ni.
Saya simpan semua perbualan dengan perempuan tu. Saya bukan punca, saya tak pernah bersuara pasal ni. Selama ni saya diam.
Dalam pada itu, Fara turut mendakwa suaminya itu seorang yang baran selain lebih mempercayai kawan berbanding isteri sendiri.
Dia lebih percaya kawan dia, lindungi kawan dia. Dah banyak kali ajak kaunseling, dia tak nak. Dia baran sangat-sanagat tapi kalau orang lain dia tak macam ni.
Fara juga berharap supaya dirinya diceraikan apabila suami menyedari kenyataan yang keluarkan.
Luahan Fara Salleh