Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFarah Lee Kongsi Detik Cemas Pesawat Ke Tashkent Tiba-Tiba ‘Drop’ – ‘Cuak...

    Farah Lee Kongsi Detik Cemas Pesawat Ke Tashkent Tiba-Tiba ‘Drop’ – ‘Cuak Macam Naik Solero Shot Dekat Theme Park’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee berkongsi detik cemas apabila pesawat yang dinaiki olehnya ke Tashkent, Uzbekistan mengalami gelora udara (turbulence) yang sangat mengejut.

    Artikel berkaitan: ‘Mengumpul Sumbangan Melalui Akaun Bank Persendirian Secara Jelas Adalah Haram Di Korea Selatan’ – Farah Lee

    Artikel berkaitan: Orang Terdekat Persoal Cara Didik Anak, Farah Lee Akui Berkecil Hati – ‘Bila Jelaskan, Kau Kena Label Keras Kepala’

    Macam jatuh lebih dari dua tingkat bangunan

    Menurut Farah, pesawat yang dinaiki olehnya itu semakin rendah ketika kejadian dan mereka seolah jatuh lebih dari dua tingkat bangunan dalam masa yang singkat.

    Semua orang terangkat tinggi, yang berdiri jatuh terduduk. Cuak macam feeling naik solero shot dekat theme park tu. Ada budak-budak yang menangis gigil sebab terkejut. Dia drop je, bukan kapal gegar macam normal gelora udara tu. Dia punya drop tinggi tak boleh buat main.

    Tambah Farah, dia berasa sedikit kesakitan selepas keluar daripada penerbangan tersebut.

    Kami selamat sampai Tashkent. Masa kejadian tadi, memang redha hayat sampai situ sahaja. Masa kapal naik semula baru rasa macam diberi peluang hidup yang baru.

    Berbicara lebih lanjut, Farah berkata, dia tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat.

    Moga Allah pelihara kita semua.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts