Penyanyi dan pempengaruh, Farez Adnan meluahkan rasa berang dengan tindakan segelintir penduduk di kediaman flat didiaminya yang meletakkan kenderaan secara ‘double park’ sehingga menghalang keretanya untuk keluar.
Double park
Menerusi hantaran di TikTok, Farez berkata, kenderaan terbabit tidak boleh dialihkan kerana pemilik kereta menarik ‘handbrake’.
Katanya, dia menghadapi situasi tersebut setiap hari dan terpaksa menunggu sehingga pemilik kenderaan mengalihkan kereta mereka.
Setiap pagi nak pergi kerja macam ini, susah nak keluar. Tak boleh nak tolak kereta yang halang sebab owner kereta tarik handbrake.
Siapa yang nak duduk flat sangat kan? Sanggup ke hadap isu parkir macam ini hari-hari?
Itu belum kes yang cop parkir pakai motor lah, kerusi lah. Saya terpaksa tunggu kejap, kalau hon nanti mengganggu penduduk.
Tidak menyalahkan sepenuhnya penduduk flat, Farez bagaimanapun meminta masyarakat di kawasan berkenaan mengubah mentaliti mereka supaya tidak menyusahkan orang lain.
Sebenarnya tiada masalah pun nak duduk kawasan flat, tetapi mentaliti yang kena ubah. Kalau tak ubah sekarang, sampai bila nak ubah.
Saya tak marah sesiapa yang duduk flat sebab double parkir. Cumanya double parkir itu dari hujung ke hujung. Sampai tak boleh nak tolak kenderaan itu.
Mentaliti penduduk flat memang kelaut, sebab aku pun budak flat. Jadi aku tahu lah! Dari lapan tahun saya duduk PPR.