Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFarid Kamil Bahagia Bersama Keluarga, Berat Badan Cecah 97 Kg

    Farid Kamil Bahagia Bersama Keluarga, Berat Badan Cecah 97 Kg

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Farid KamilFarid Kamil

    Pelakon Farid Kamil meluahkan rasa syukur dapat menikmati kehidupan yang bahagia bersama isteri tercinta, Diana Danielle dan dua cahaya mata mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

    Hidup bahagia

    Farid KamilFarid Kamil

    Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, menyifatkan kebahagiaan tersebut sebagai salah satu nikmat yang diberikan oleh Ilahi.

    Saya sebenarnya amat bersyukur dan rasa dirahamati. Saya menikmati kehidupan dengan penuh bahagia, alhamdulillah.

    Segalanya berjalan dengan lancar termasuk keluarga dan kerjaya seni. Selain gembira, saya memang amat bersyukur.

    Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan kerjaya seni, Farid memberitahu dia kini sedang menjalani penggambaran sebuah filem berjudul Baran.

    Katanya, pengarah filem berkenaan memintanya untuk menaikkan berat badan sehingga mencecah sekitar 100 kg demi menjayakan watak.

    Badan saya sekarang memang sedikit berisi, saya akui kerana berat saya naik mencecah 97 kg.

    Sebelum ini berat badan saya 80 kg, namun untuk penggambaran filem Gol saya terpaksa kurangkan menjadi sekitar 67 kg.

    Untuk filem yang saya sedang menjalani penggambaran sekarang (filem Baran) ini pengarah minta badan sedikit ‘flabby’ (berisi).

    Penggambaran filem itu berbaki lagi 20 peratus, jadi saya cuba untuk kurangkan semula berat badan. Ini pertama kali berat macam ini, memang rasa mengah bila berat badan cecah 97 kg.

    Terdahulu, Farid mengesahkan sudah rujuk kembali dengan bekas isteri, Diana Danielle pada 31 Ogos tahun lalu selepas mereka sah bercerai menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023.

    Imbas kembali, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Cetus Perhatian Apabila Priyanka Chopra Mengajar Anaknya Untuk Melambai Dekat Paparazzi!
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts