Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFarid Kamil Berusaha Pujuk Diana Danielle Sebelum Prosiding Perceraian Bermula – ‘Semoga...

    Farid Kamil Berusaha Pujuk Diana Danielle Sebelum Prosiding Perceraian Bermula – ‘Semoga Allah Melindungi Kita Wahai Isteriku’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Farid KamilFarid Kamil

    Menjelang prosiding perceraian yang bakal berlangsung pagi Isnin, pelakon Farid Kamil sempat memuat naik sebuah perkongsian di Instagram miliknya yang ditujukan kepada isteri, Diana Danielle.

    Usaha memujuk

    Farid KamilFarid Kamil

    Menerusi hantaran itu, Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 43, menitipkan ucapan istimewa kepada Diana bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12 pada 3 November.

    Difahamkan, ucapan itu dibuat sebagai usaha Farid untuk memujuk isterinya supaya menarik semula permohonan perceraian yang difailkan.

    Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga kita dalam menempuh setiap langkah dan perjalanan.

    Selalu bahagia di dunia hingga kita bersatu kembali dalam rahmat-Nya di syurga nanti wahai isteriku.

    Selamat hari istimewa, selamat hari ijab kabul kita, 3 November 2012.

    Berserah kepada Allah

    Farid KamilFarid Kamil

    Dalam hantaran sama, Farid turut memuat naik gambar dia sedang menunaikan solat usai sah bergelar semua kepada Diana ketika majlis pernikahan mereka pada 2012.

    Sementara itu, di ruangan kapsyen, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu berkata, dia menyerah segalanya kepada Allah.

    Kepada Mu ku berserah, kepada Mu ku berlindung. Hanya Engkau Maha Mengetahui.

    Pada 28 Oktober lalu, Diana atau nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 34, mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

    Tegas pelakon filem Imaginur itu, dia enggan lagi dipujuk dan nekad meneruskan perceraian selain tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.

    Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.

    Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    ALSO READ:  Fasha Sandha Akhirnya Bebas COVID-19, Tampil Titip Nasihat!-“Biar Orang Kata Kita Sombong Daripada…”

    Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. 

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts