Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFarid Kamil dan Diana Dianelle: Percubaan Menyelamatkan Rumah Tangga vs Keinginan Bercerai

    Farid Kamil dan Diana Dianelle: Percubaan Menyelamatkan Rumah Tangga vs Keinginan Bercerai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


     

    Keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) antara Farid Kamil dan Diana Danielle yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Selasa menemui jalan kegagalan.

    Farid pertahankan walau JKP gagal

    Pelakon dan pengarah, Farid Kamil tetap positif dengan pendiriannya untuk mempertahankan rumah tangganya bersama isteri, Diana Danielle.

    Dari awal lagi sampai sekarang apa yang saya buat adalah mempertahankan keluarga saya dan perkahwinan kami.

    Saya sentiasa berfikiran positif kerana masih ada harapan dan sayang juga masih ada.

    Dalam pada itu, peguam Syarie yang mewakili Diana Danielle, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata aktres itu sudah tidak mahu meneruskan perkahwinan bersama suaminya dan pihaknya meminta mahkamah untuk Farid melafazkan talak.

    Pendirian plantif itu jelas yang dia tidak mahu lagi teruskan dengan perkahwinan ini dan dia menyatakan sebab-sebab.

    Hakim sudah membaca dan pihak defenden juga ada memberitahu ‘stand’ mereka. ‘ Saya mohon mahkamah untuk guna Seksyen 14 untuk lafazkan cerai tetapi dia (Farid) tidak bersetuju.

    Mahkamah kemudian menetapkan 15 Jun sebagai sebutan semula kes dan pelantikan hakam.

    Jadi hakim merujuk kepada hakam keluarga jadi ada satu lagi proses rundingan dan selepas itu kita akan lihat apa hasilnya. Kalau berjaya dia akan lafazkan, kalau dia enggan hakam mahkamah akan digunakan.

    Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

    Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

    ALSO READ:  [VIDEO] MUA Bellaz Terharu, Suami Guna ATV Hadiah Hari Lahir Untuk Bantu Mangsa Banjir – ‘Nak Ambil Warga Emas Ke Pusat Pemindahan’

    Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

    Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts