Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFarid Kamil Kembali Bermain Badminton Selepas 30 Tahun, Teruja Bawa Watak Rashid...

    Farid Kamil Kembali Bermain Badminton Selepas 30 Tahun, Teruja Bawa Watak Rashid Sidek

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Farid Kamil akui teruja membawakan watak sebagai Datuk Rashid Sidek dalam filem terbaharunya, Gold meskipun sudah hampir 30 tahun tidak memegang raket badminton.

    Artikel berkaitan: Farid Kamil Sokong Anak Aktif Sukan Di Usia Muda – ‘Muhammad Main Bola & Permotoran, Aurora Gimnastik & Tenis’

    Artikel berkaitan: Farid Kamil Bahagia Bersama Keluarga, Berat Badan Cecah 97 Kg

    Kembali bermain badminton

    Menurut Farid, kali terakhir dia bermain badminton ketika berusia 13 tahun. Namun, semuanya berubah selepas menjalani penggambaran apabila bapa kepada dua cahaya mata itu kekal aktif dengan sukan tersebut.

    Saya rasa sangat seronok, sangat teruja dapat lakonkan watak Datuk Rashid Sidek dan dapat pegang pingat sebenar kemenangannya di Atlanta 1996.

    Selepas saya ditawarkan watak sebagai Rashid Sidek, barulah saya kembali bermain. Walaupun penggambaran sudah berakhir setahun yang lepas dan sampai sekarang saya masih aktif bermain badminton.

    Sebulan setengah, setiap hari, tiga jam saya akan abdikan diri saya di gelanggang badminton melakukan latihan intensif pemain kebangsaan, Adelle Ng dan diet pemakanan juga disediakan untuk memenuhi watak Rashid Sidek.

    Farid berkata demikian semasa ditemui di sidang media filem Gold di TRX Exchange, baru-baru ini.

    Sementara itu, pemilik nama Farid Kamil Zahari mengakui membawa watak seorang figura terkenal bukan satu tugasan yang mudah. Namun, dia bersyukur kerana pihak produksi banyak membantu memudahkan lakonan.

    Saya rasa bertuah kerana pihak produksi telah menyediakan ruang dan waktu secukupnya untuk saya berlatih menjadi pemain legenda itu.

    Cabaran terbesar saya kena lakukan termasuklah perlu menurunkan berat badan daripada 87 sehingga 60 kilogram.

    Tambah Farid, dia turut mengajak orang ramai untuk menonton filem tersebut untuk memberikan semangat kepada atlet kebangsaan yang akan berjuang di Olimpik yang akan datang.

    Saya berharap filem ini akan menjadi sumber inspirasi kepada atlet negara untuk berjuang habis-habisan di sana khususnya pemain badminton negara.

    Pergilah menonton sekurang-kurangnya anda boleh merasai apa perasaan seorang pemenang pingat emas.

    Gold merupakan filem berdasarkan kisah benar atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou yang diarahkan oleh pengarah Adrian Teh.

    ALSO READ:  [VIDEO] Alif Hadi Pegang Status Duda, Rupanya Pernah Berumah Tangga – ‘Aku Bazir 7 Tahun, Hidup Untuk Orang Lain’

    Selain Farid Kamil, filem itu turut membariskan pelakon hebat tanah air antaranya Jack Tan, Fabian Loo, Wan Raja dan Yasmin Hani.

    Filem ini bakal ditayangkan di pawagan bermula 11 Julai ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts