Pelakon sensasi, Farid Kamil memberitahu bahawa isterinya Diana Danielle tidak menyapa atau bertemu dengan ibu bapanya yang turut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari bagi prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan sebutan pertama nusyuz pada Selasa.
Artel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Setia Pertahan Rumah Tangga, Diana Dianelle Berkeras Mahu Bercerai
‘Tak perasan..’
Selepas prosiding mahkamah selesai, Farid ketika ditemui berkata isteri dan ibu bapanya tidak bertemu berkemungkinan kerana tidak perasan antara satu sama lain.
Diana tak bertemu dan tak bersalaman dengan mereka. Mungkin dia pun tak perasan atau tak nampak.
Saya rasa mereka tak perasan mana satu Diana sebab semua pakai tudung hitam, tutup muka. Dia keluar pun bukan ikut pintu utama.
Dalam pada itu, ibu bapanya Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah sanggup datang dari Kedah semata-mata untuk memberi sokongan dan doa demi rumah tangganya bersama Diana.
Ini kali pertama mereka hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan dan nampak sangat mereka tak pernah ke mahkamah.
Mereka memberi sokongan dan doa kepada saya agar perkahwinan ini mendapat keputusan yang baik.
Ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak walau dalam apa keadaan sekali pun. Hari ini, kedatangan mereka dari Kedah untuk bersama-sama melihat situasi dan perkembangan terkini kes kami.
Sehubungan dengan itu, pelakon filem Anwar: The Untold Story ini positif walaupun keputusan JKP pada hari ini gagal dan dia tetap enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari telah menetapkan tarikh prosiding pelantikan hakam kerabat pasangan selebriti itu pada 15 Jun hadapan.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
@official Replying to @Dewi & Boy Sayangilah ibu bapa kita macam mana mereka sayang kita semua ???# #fyp #news
? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!