Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFasha Sandha Dedah Sering Berasa Gugup Setiap Kali Berjumpa Datuk Seri Siti...

    Fasha Sandha Dedah Sering Berasa Gugup Setiap Kali Berjumpa Datuk Seri Siti Nurhaliza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Satu hantaran terbaru di Instagram milik Fasha Sandha mengenai aktiviti-aktiviti sehariannya mendapat perhatian dari warga net.

    Hadir Program Bersama Siti Nurhaliza

    via Instagram Fasha Sandha

    Dalam hantaran video yang dimuat naik oleh Fasha, dia menunjukkan kehadirannya sebagai duta dalam satu program yang melibatkan Yayasan Nurjiwa yang diasakan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan syarikat Inayah Beuty.

    Pertemuan tersebut menunjukkan Yayasan Nurjiwa menerima sumbangan RM500,000 daripada syarikat Inayah Beauty yang akan disalurkan kepada 2,500 keluarga di Gaza, Palestin.

    Turut hadir di sesi sidang media yang berlangsung hari ini adalah duta-duta Inayah Beauty, Nora Danish dan Abby Abadi.

    Apa yang menjadi perhatian apabila ‘caption’ yang ditulis oleh Fasha mengenai pertemuan mereka tersebut.

    Syukur Syukur Pada mu Ya Allah!

    Hari ni kami bertemu dengan bidadari @ctdk , setiap kali jumpa tokti kami terasa gugup.

    Berasa Gementar Jumpa Siti Nurhaliza

    via Instagram Fasha Sandha

    Tulis Fasha, dia berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang sedemikian.

    Malah Fasha juga turut mengakui bahawa dirinya sendiri akan berasa gugup dan gementar setiap kali ingin berjumpa berdepan dengan Siti Nurhaliza.

    Diruangan komen, ramai yang teruja melihat video yang dikongsikan oleh Fasha.

    Selain dari kenyataanya yang dikatakan gugup ketika berjumpa dengan Siti Nurhaliza, cara pemakaian Fasha juga turut menerima pujian dan doa dari warga net.

    Ramai yang seronok melihat cara pemakaian Fasha yang bertudung dan mengatakan bahawa dia kelihatan sangat cantik dan mendoakan agar dia terus beristiqomah mengenakan pakaian yang sedemikian.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts