Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFasha Sandha Letak Sekufu Nombor Dua, Utamakan Suami Dalam Rumah Tangga –...

    Fasha Sandha Letak Sekufu Nombor Dua, Utamakan Suami Dalam Rumah Tangga – ‘Bila Jadi Isteri, Tetap Hormat Walaupun Kita Lebih Berjaya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Fasha Sandha tidak menjadikan isu sekufu sebagai elemen utama dalam perkahwinan sebaliknya sentiasa menjadikan suaminya, Aidil Aziz sebagai individu terpenting dalam rumah tangga.

    Sentiasa hormat suami

    Ketika ditemui , pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan berkata, seorang isteri perlu mengamalkan sikap menghormati suami tidak kira setinggi mana pun kejayaan yang sudah dikecapi.

    Saya tak ada komen mengenai isu sekufu cuma pada saya sekufu adalah nombor dua.

    Bila kita dah jadi isteri, kita sentiasa berada di bawah suami walaupun kita lebih kaya, berharga dan berjaya.

    Suami kita tetap berada di atas kita.

    Fasha berkongsi perkara tersebut pada sesi sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Jumaat.

    Amalkan komunikasi yang bagus

    Pelakon berusia 40 tahun ini juga mengakui setiap perkahwinan mempunyai pasang surutnya namun ia akan berkekalan sekiranya pasangan suami isteri sentiasa mengamalkan komunikasi yang baik sesama pasangan.

    Tak dinafikan dalam perkahwinan kita tak sependapat dengan pasangan. Mungkin pendapat dia adalah ‘A’ dan saya pula bagi pendapat ‘B’.

    Sebab lelaki dan perempuan ini pemikirannya tak sama tapi kalau saya dengan Aidil selalunya kami akan mengalah dan cari penyelesaian lain.

    Ujar Fasha, dia tidak menganggap perkahwinannya bersama Aidil sebagai sempurna namun mengharapkan ‘pinjaman’ dari Allah SWT ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

    Nak kata perkahwinan saya sempurna itu, tidaklah cuma saya akan buat yang terbaik untuk anak-anak kami bersama.

    Tapi kalau nak cakap lebih-lebih tak boleh juga sebab perkahwinan ini adalah pinjaman. Cuma, pinjaman ini saya nak berkekalan, itu saja.

    Doa buat Fazura & Fattah

    Ketika ditanya mengenai penceraian sahabat baiknya, Nur Fazura dan Fattah Amin, pelakon berusia (berapa) ini mengakui dirinya hilang kata-kata dengan apa yang telah berlaku.

    ALSO READ:  Lee Zii Jia Hadiahkan Raket & ‘Shuttlecock’ Sukan Olimpik Paris 2024, Hairul Azreen Nak Letak Dalam ‘Frame’

    Fasha juga berharap agar segala urusan melibatkan Fazura dan Fattah dipermudahkan.

    Sebenarnya saya kehilangan kata-kata dan terkejut dengan apa yang terjadi.

    Cuma kita tak tahu, mungkin perkara yang mereka alami ketika ini akan membuatkan mereka rapat satu hari nanti.

    Sebagai seorang sahabat, saya mendoakan yang baik-baik kepada Fazura dan Fattah.

    Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh sekitar pukul 9.45 pagi pada 7 Oktober lalu.

    Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts