Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFasha Sandha Syukur Berat Badan Kini 50Kg, Boleh Sarung Baju Anak Umur...

    Fasha Sandha Syukur Berat Badan Kini 50Kg, Boleh Sarung Baju Anak Umur 9 Tahun – ‘Hari Itu Naik 600gram Sebab Makan Banyak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Fasha SandhaFasha Sandha

    Pelakon Fasha Sandha akui lebih mudah bergerak dan melakukan aktiviti harian selepas berjaya menurunkan berat badan.

    ‘Cantik nombor dua’

    Fasha SandhaFasha Sandha

    Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, dia juga sudah boleh menyarung baju anak perempuan sulungnya, Putri Rasyha Jemyma yang kini berusia sembilan tahun.

    Saya kuruskan badan sebab nak sihat, cantik nombor dua. Kalau badan besar, susah nak pakai baju, nak bergerak dan buat aktiviti.

    Walaupun saya pernah berbadan ‘chubby’, suami tak pernah complaint tetapi terima saya seadanya. Namun, diri saya sendiri yang timbul kesedaran nak kurus.

    Sekarang dah kurus, syukur alhamdulillah. Lebih selesa nak bergerak. Baju-baju lama dan baju anak saya pun dah muat nak pakai.

    Anak saya Jemyma umur sembilan tahun, tapi suka pakai baju oversize. Baju umur orang 14 tahun, jadi saya muat baju umur 14 tahun.

    Fasha berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba with Abby Abadi dan majlis pelancaran makanan tambahan, Berryfull Honey Lemon keluaran Inayah Beauty yang berlangsung di ibu kota, pada Sabtu.

    Berkongsi lanjut, isteri kepada aktor Aidil Aziz berkata, dia sentiasa mengawal kuantiti makanan yang diambil.

    Berat semasa saya sekarang on and off, kadang-kadang 50kg, kadang 50.2kg. Balik hari dari Kelantan hari itu, naik 600gram sebab makan banyak.

    Saya akan kira dan timbang berapa banyak pengambilan makanan dan berat yang naik. Sebab saya sangat berusaha untuk kurus.

    Dulu selalu kena catu makanan dan timbang. Saya genetik berbadan besar, kalau makan lebih sikit memang naik cepat.

    Isnin hingga Jumaat saya akan kawal makan, Sabtu dan Ahad saya cheat day. Detoks Berryfull tiap-tiap hari ambil tak tinggal.

    ALSO READ:  Kecewa Ada Orang Sebar Aib Jenazah Jemaah Haji, Elfira Loy Risau Takut Timbul Fitnah Terhadap Islam

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts