Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFathia Latiff Berpendapat Pemakaian Tudung Tidak Wajib, Kalau Mahu Tutup Dengan Baldi...

    Fathia Latiff Berpendapat Pemakaian Tudung Tidak Wajib, Kalau Mahu Tutup Dengan Baldi Sahaja Pun Tidak Ada Masalah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Alangkah manisnya kita melihat wanita Muslimah bertudung. Bukan sekadar cantik dan mengikut syariat, tetapi menutup apa yang tidak sepatutnya diperlihatkan kepada lelaki yang bukan muhrim.

    Secara umumnya, hijab atau tudung bermaksud pakaian yang menutup aurat wanita Muslimah pada bahagian kepala dan sekitarnya.

    Bahkan jika bercakap tentang tudung, bermacam-macam jenis tudung dan fesyen ada di pasaran sekarang.

    Tutorial penggayaan tudung di laman sesawang juga banyak. Hanya tinggal pilih dan ikut sahaja langkah yang diajarkan.

    Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramahnya, wanita wajib memakai tudung menutupi bahu sekiranya baju yang dipakai itu ketat sehingga boleh menampakkan bentuk bahu.

    Namun jika bentuk bahu tidak kelihatan kerana baju bersaiz besar maka sunat bagi wanita memakai tudung melepasi bahu.

    Hal ini demikian kerana menutup aurat bukan sahaja perlu menutupi dada, malah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

    Berbahas soal ini, kecoh dengan kontroversi sebelum ini, pelakon Fathia Latiff sekali lagi tampil memberi pendapatnya tentang kewajiban pemakaian tudung bagi kaum wanita muslim.

    Menerusi siaran langsung di platform TikTok miliknya, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff berkata pemakaian tudung itu bukanlah satu perkara yang wajib sebaliknya wanita muslim hanya perlu menutup aurat sahaja.

    “Okay lah saya jadi ustazah lah kejap. Tudung itu bukannya wajib tapi yang wajibnya adalah menutup aurat.

    “Bak kata satu ustaz ini dia cakap nak pakai timba di kepala pun boleh, janji menutup aurat,” ujarnya.

    Difahamkan, pelakon berusia 36 tahun itu mengeluarkan kenyataan tersebut selepas ditanya oleh salah seorang pengikutnya ketika melakukan sesi siaran langsung.

    Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Fathia meskipun menganggap contoh yang diberikan aktres berkenaan tidak sesuai dengan perbincangan.

    ALSO READ:  Fathia Latiff Kongsi Foto Dicium Seorang Jejaka, Netizen Kesian!-“Mesti Mak Kamu Sedih..”
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts