Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFathia Latiff Bersyukur Tak Kahwin Dengan Aiman, Gelar Zahirah Macwilson ‘Muka Bibik’!...

    Fathia Latiff Bersyukur Tak Kahwin Dengan Aiman, Gelar Zahirah Macwilson ‘Muka Bibik’! – Ingat Anak Datuk Kaya Ke?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan penyanyi, Fathia Latiff memberikan sindiran secara terbuka kepada pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza menerusi sesi live di media sosial, baru-baru ini.

    Gelar Zahirah Macwilson ‘Muka Bibik’

    Fathia, menerusi sesi live di TikTok, dilihat menyamakan wajah Zahirah seperti ‘bibik’ atau pembantu rumah ketika membaca komen peminat yang memuji kecantikan semulajadi Zahirah.

    “Dia (Zahirah) benar-benar seperti bibik. Dia pelakon yang tak famous. Dia tak akan boleh lawan saya. Aiman punya followers campur dia (Zahirah) punya followers bergabung, tak boleh nak lawan followers saya. Dia buat pembedahan plastik pada bibir ketika di Australia.”

    Tambahnya lagi, dia akui rasa berang dengan pasangan selebriti berkenaan yang menjadi punca namanya digugurkan daripada menghadiri sebuah acara jenama mewah.

    “Saya tak boleh terima kenyataan, yang saya sudah bersiap untuk pergi ke acara Versace, disebabkan si katak dan si kodok, nama saya dibuang.”-dedah Fathia

    “Korang Ingat Anak Datuk kaya Ke?”

    Fathia turut menitipkan rasa syukur apabila dirinya tidak mendirikan rumah tangga bersama Aiman yang dikatakan tidak memiliki wang.

    Sekadar info, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees yang kini berusia dua tahun dan bakal menimang cahaya mata kedua selepas berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada Disember lalu.

    Selain itu, Aiman Hakim dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 2015.

    Apa komen anda?


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts