Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Mahu Aiman Mohon Maaf?-“Teruk Meroyan Kau…”

    Fathia Latiff Dikecam Netizen Selepas Mahu Aiman Mohon Maaf?-“Teruk Meroyan Kau…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Fathia Latiff kembali mengundang kecaman netizen selepas berkongsi foto bersama bekas kekasihnya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza di media sosial.

    Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka?

    Fathia menerusi hantaran yang sudah dipadam di Instagram, dilihat memuatnaik foto yang memaparkan dirinya sedang didukung Aiman ketika mereka masih menjadi kekasih suatu ketika dahulu serta memberikan kapsyen mahukan Aiman membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

    “Akan berhenti selepas awak buat permohonan maaf kepada saya secara terbuka.”-kapsyen Fathia di Instagram

    Netizen Kecam!

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Fathia yang dikatakan masih belum ‘move on’, malah ada yang menyifatkan pelakon ini sememangnya sengaja ‘mencari perhatian’.

    “Teruk meroyan kau ek.”

    “Kau kenapa? Boleh tak jangan buat rakyat Malaysia ni kumpul dosa bagi pahala kat kau hadoi.”

    “Amenda la minah ni meroyan tak habis-habis. Bila orang cakap mental kau tak ngaku.”

    “Kenapa Aiman nak kena minta maaf in public ya. Aiman buat salah apa?.”

    “Kesian dia meroyan ni.”

    “Bila dah sendu, tak relevan mula la buat benda nak perhatian.”

    “Sudah-sudah la Fathia. Bawak-bawak la move on. Tak penat ke.”

    “Ada angin pasang dia ni.”

    “Jangan la jadi sewel. Apa yang kau tak aman sangat ni. Diorang senyap je dari awal-awal, kau mental sampai la sekarang. Kau gila bayang ke macam mana.”

    Sekadar info, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun, sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2015.

    Aiman kemudian mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zahirah Macwilson pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees.

    ALSO READ:  Diana Danielle Bakal Fail Cerai Terhadap Farid Kamil – ‘Dia Mungkin Akan Bawa Bunga, Cincin & Janji Palsu’

    Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas berkongsi khabar gembira itu di media sosial pada Disember lalu.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts