Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentFathia Latiff Mengaku ‘Tercacah’ Tatu Dua Tahun Lepas, Masih Cari Masa Untuk...

    Fathia Latiff Mengaku ‘Tercacah’ Tatu Dua Tahun Lepas, Masih Cari Masa Untuk Buang – ‘Ibu Bapa Saya Memang Marah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selepas mengaku membuat perubahan di wajah, pelakon Fathia Latiff sekali lagi membuat pengakuan mempunyai tatu di bahagian lengan kirinya.

    Artikel berkaitan: Fathia Latiff Mengaku Suntik ‘Filler’ Demi Nampak Cantik & Muda – ‘Kena Ikut Peredaran Zaman’

    Artikel berkaitan: ‘Jika Tak Suka Posting IG Saya Abaikan, Pergi Dengar Ceramah Ustazah’ – Fathia Latiff Penat Layan Netizen

    Tak sengaja cacah tatu

    Menurut Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, dia memberitahu tatu tersebut dilakukan tanpa sengaja dua tahun lalu kerana melalui fasa tertekan dan gagal berfikiran waras.

    Ya, saya ada tatu. Saya terbuat sebab stress masa dua tahun lepas. Ada satu saja tatu yang bertulis Earth’s Angel.

    Fathia berkata demikian semasa ditemui di Majlis Media Gathering Drama Jangan Tinggal Abang Dek di Senja Kirana Event Space, Sentul Point, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Mengulas lanjut tentang tatu tersebut, Fathia turut dimarahi ibu bapanya dan diminta untuk memadamkannya.

    Ibu bapa saya memang marah lah tapi mereka tak marah saya secara teruk sebab tahu saya akan stress dan akan buat benda yang pelik-pelik.

    Tapi mak saya dah suruh buang banyak kali cuma saya tak ada masa lagi nak buang. Tengah tunggu masa nak buang.

    Lebih jaga penampilan

    Bagaimanapun, Fathia kini lebih berhati-hati dan menjaga penampilannya supaya tatu tersebut tidak menjadi perhatian orang ramai.

    Ya, saya akan jaga penampilan. Lagipun, sekarang saya ada dapat tawaran untuk jadi pembantu kepada seorang berpangkat Datuk, jadi kena berpakaian kemas.

    Perkembangan terbaru, Fathia kini membintangi drama Jangan Tinggal Abang Dek arahan Erma Fatima yang disiarkan di Instagram dan TikTok KaryaTV Official pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

    ALSO READ:  [VIDEO] Alat Sulit Terkena Palang, Atlet Olimpik Ditawar RM1 Juta Untuk Tunjuk ‘Aset’ – ‘Tak Ada Seluar Yang Halang, Tunjuk Semua Tanpa Ragu’

    Selain Fathia, pelakon yang turut menjayakan drama atas talian ini adalah Adi Putra, Nabila Huda, Elly Mazlein, Adira Suhaimi, Alya Iman, Malia Baby dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts